Dah nak sebulan dah saya khatam baca novel ni, tapi disebabkan memikirkan tanggungjawab menyelesaikan assignment2 yang sangat2 ASSignment tu, saya becadang menunda entri ini sehinggalah selepas 27th August. Tai disebabkan saya agak bengong apa kata kita REVIEW duluhh
First of all, sorry kepada jejakaanggun sebab bro, Kasino lagi best bro! But yours (Kougar) is not too bad, worth reading it, all in all. But since dah hampir sebulan saya baca buku ni, mungkin ada plot2 yang saya terlupa or in Inggerisnya, ter'slip my mind' gituh. Mohon ampun.
Ceritanya beginilah ya, anak-anak:
Pada suatu hari, cut the crab dan buat Chilli Crab, makanan kebangsaan Singapura. Maaf -_-'
Kisha ni under-too (dia lebih senior, saya ni jointventure-to-be, or not!!). Semenjak umurnya dah semakin meningkat ni, taste dia agak lebih kepada oreng2 qaya chakap "anak ikan" gituh. Tapi, dia tak delah sampai nak bela anak ikan pulak kan. Suraya pulak, kawan sepejabatnya, merangkap bossnya yang dahulu garang, sekarang girang.
Kisha ni selalu terserempak dengan Azril kat LRT tapi yang ironinya, mereka rapat setelah si Azril ni boleh pulak terkerja sama tempat dengan Kisha, nak jadikan ceritalahkan! And, you've guessed it - he's way younger than her.
Kerja punya kerja, sama punya sama - mereka pun akhirnya bercinta. Perbezaan umur - no hal la bagi kedua2 pihak. Cuma mak si Kisha ni, narrow sikit; tipikal la tu.
Takkan percintaan tak ada halangan dan dugaan kan? So, dalam masa mereka bercintun2 tu, Suraya pulak gatal kenalkan Dato Emir kepada Kisha. Dato Emir ni digambarkan sebagai seorang yang romantik jugakla.
Sebelum sequel kepada perhubungan Kisha dengan Dato Emir tu, ada jugak peristiwa di mana Kisha juga ingin diperjodohkan dengan Razif. Siapa yang mandai2 tu? Mestilah mak dia! Dan mestilah Kisha menolak sebab dalam hati kan dah ada taman, dalam jiwa kan dah ada Azril.
Berbalik kepada hubungan 'kawan' antara Kisha dan Dato Emir pulak. Dato Emir ni suka sangat ajak Kisha keluar. Desakan Dato Emir tu sesekali membuatkan Kisha terpaksa akur sebab muak kot asyik call2, msg2. But, if I'm not mistaken, by their second 'dating' Dato Emir telahpun meragut mahkota Kisha. Dato kan - dia selamba je macam tak bersalah. Well, Kisha pun dah berumur, so she seems terpaksa redha, like what's done is done, but of course Dato Emir memanglah bersalah.
Unfortunately, perkara ini terbongkar disebabkan pertemuan beberapa mata antara Azril, Kisha, Suraya, Abang Mike (boyfriend Suraya) and Zara (mak sedara Azril). Nak tau apa kena-mengena Abang Mike dan Zara dalam cerita ni, baca sendiri ok! Azril yang tiba2 dikejutkan dengan berita itu terus membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Kisha. Kesian Kisha!
Of course Kisha bersedih dengan kejatuhan dan kesakitan ditimpa tangga tu. So, bila mak di kampung mendesak dia bertunang dengan Razif, dia on je, sebab dah malas nak jadi anak tak mengenang budi. Setelah bertunang, kahwinlah mereka.
Si Razif ni duda by the way, luar nampak alim tapi....
Malasla nak cerita habis2an sebab nanti korang dah tak nak beli novel ni. Anyway, ada lagi satu watak dalam cerita ni iaitu Yusri. Siapa Yusri tu? Apa kena mengena Yusri dalam hidup Kisha? Pemusnah rumahtangga atau Kisha's life savior?
Lepas tu, siapa pulak pemuda yang cuba tackle Kisha, tapi Kisha tetap tak nak dsebabkan sebuah mimpi. Mimpi apa ek?
C'monlah, bacalah sikit. Jalan cerita dia memang menarik. Kalau cerita Kasino tu jalan cerita dia straight-forward, tapi in Kougar cerita dia banyak scene and peristiwa, and every peristiwa macam jingsaw puzzle yang kalau baca satu2, barulah terang nyata apa cerita Kougar ni.
So, jom baca!
P/S : buat assignment malas! Review cerita yang dah hampir2 lupa ni, rajin pulak!!
P/S/S : bukan lupa sebab cerita ni tak best, lupa peristiwa2 yang mencantumkan semua kisah Kisha tu aja. Cerita tetap deserves two thumbs-up!
0 comments:
Post a Comment
What say you?