At exactly 8.00pm, 30/June; I reached home from a kilang baja in Pasir Gudang (-_-')
First question asked "Ma, mama masak apa ari ni?"
"Mama masak -" tak sempat mama sambung-
"Ei, Pos Laju!!! Orang tau apa benda dalam ni!" sambil dengan gelojoh membuka envelope tuh
"Apa tu, apa tu?" Eh, Mama pun tak kurang jugak excitednya.
Jeng Jeng~~
Ya, aku dah dapat dah novel Kasino pesanan online aku dari @bukufixi! Dan, tepat jam 5.30 am 1/July, aku dah khatam baca novel tuh! Terrer tak?!
Terrer tak terror, meh sini saya bagi sedikit review tentang novel karangan Saifullizan Tahir..
Ceritanya mengenai Dato' Narcissus - seorang yang percaya diri, dan arrogant. Dia berbisnes landscaping. Dia sangat perfectionist - dalam pekerjaan dan juga imej; pelbagai brand2 orang kaya2 yang kita boleh pelajari dalam novel ini (pelajari sahaja, memiliki mungkin tidak!)
Dalam cerita ini, kita diperhidangkan dengan budaya korupsi yang diamalkan oleh syarikat2 besar di Malaysia ini. Apabila negerinya bertukar tampuk kerajaan Dato' Narcissus mula panik kerana segala skeleton in his closet semua akan terbongkar. Disebabkan itu, dia perlu membayar semula pinjaman yang telah diberikan kepadanya sebanyak RM3.8juta dalam masa 14 hari.
Sekadar nak #facepalm, akhirnya dia pun berjaya mengumpulkan wang yang dikehendaki itu dalam masa yang telah ditetapkan melalui perjudian.
Maaf kerana menspoilkan ending cerita ni. Tapi, ceritanya simple tapi sarat dengan reality yang memang berlalu di negara ini. Tu yang buat novel ni best!!
Bayangkanlah kehidupan seorang Dato' yang mempunyai banyak duit dan boleh mendapatkan apa2 yang dikendakinya dengan sekelip mata. Dia merokok dengan rokok cerut (wuu, mahal kot tuh!). Perempuan simpanan, jangan cakaplah. Minum - hanya wain yang terbaik! Judi - dah tajuk pun Kasino, what do you expect?
Tapi, tapi masuk waktu, pakcik ni solat beb!
Well, he doesn't represent the person that are hypocrites, in my opinion. I think, it's more to living his life to the fullest. Dibesarkan di Johor, dia mempuyai pegangan agama yang agak teguh, mungkin kerana didikan yang diterima dari sekolah agama, mungkin. Tapi, perempuan simpanan, arak, judi - penting untuk succesful businessman. Tapi, dia solat mungkin untuk cuba membasuh dosa2 nya. Dalam cerita ini, saya cuma tak pernah 'nampak' dia solat Subuh sahaja. Tapi, selain daripada Subuh, semuanya complete!
Pelik, tapi itulah mungkin lumrah mereka.
Moralnya - mungkin kerana pengaruh politik, sebab tulah BN masih berkuasa. Jangan dipersalahkan penduduk Felda sahaja kerana sentiasa beriman dengan BN. Tapi, berapa banyak syarikat2 swasta yang besar2 yang bergantung harap dengan kerajaan sedia ada. Kalau diundinya parti yang lain, tak ke payah mereka itu?
p/s : akan mencari Dendam, Pecah, Cekik dan Kougar di kedai2 buku berdekatan. Kalau melalui pos, mahal sikitlah. MPH Bookstores ada kot!
0 comments:
Post a Comment
What say you?