0

Review Cerita : Anak Emak (repeat telecast due to popular demand???)

Setelah meng'Google, memang betul kot "due to popular demand"!

Drama Anak Emak ni pernah keluar di slot Cerekarama TV3 early July kalau tak silap (tak penting pun fakta ni). Desebabkan kebiasaannya Sabtu malam memang tak ada jadual lain dan channel2 lain pun sama sucks dengan TV3 tu, jadi memang dah menjadi rutin mingguan untuk saya dan Mama tengok Cerekarama. So untuk minggu tersebut, Drama Anak Emak on-air.




Pelakonnya ala2 terkenal jugalah dipersada drama Melayu. Tapi yang saya ingat namanya hanyalah Liza Abdullah dan Ngasriah Ngasri. Dan berikut adalah hasil titik peluh saya men'Google.

Antara yang menjayakan : Ungku Ismail, Almy Nadia, Liza Abdullah dan Anne Ngasri. (source : di sini). Kalau mereka yang menjadi hamba drama Melayu, mesti kenal dengan pelakon2 ni. Kiranya, cerita ni sepatutnya gebam-gebum la sebab pelakon2nya tahap "bolehla". 

Sekali lagi aku nak condemn TV3 setelah cubaan pertama aku gagal. Sebelum condemn, meh sini saya cerita pasal cerita ni (untuk makluman, saya bukan pencerita yang baik, bear with it!)

Siti lakonan Almy Nadia tertekan dengan sifat suaminya (Tengku something something tu - couldn't care less) yang baru dikahwini kerana terlalu manja, rapat dan mengutamakan ibunya (Liza Abdullah). Bayangkanlah, dah besar panjang pun masih nak tidur dengan mak dia. Segala permintaan mak mertuanya itu dituruti suaminya 100%. Sampai ada satu scene tu, mereka suami-isteri sudah sepakat untuk pindah tapi lakonan ibunya yang kononnya jatuh membuatkan mereka cancel niat untuk berdikari itu. Sebelum itu, suaminya siap minta izin dengan isteri untuk tidur dengan mak dia sebab memandangkan itu akan menjadi malam terakhir mereka  di rumah mak dia tu (sepatutnya). Pelbagai usaha dilakukan si Siti ini untuk mendapatkan perhatian suaminya yang dirasakan dimadukan oleh ibu mertua sendirinya itu. Antaranya, dia berpura2 sakit perut dan keadaan itu membuatkan suaminya cuti emergency untuk menjaganya. Tapi, setelah nampak dia sihat, mak mertuanya mengajak anak dia shopping sebab anak dia cuti. Selain itu, Siti juga telah cuba untuk keluar rumah selama agak2 dalam seminggu dan duduk di rumah ibunya sendiri dengan mendakwa ibunya di kampung itu sedang sakit. Terbukti, suaminya itu sayang dengannya dan memujuk Siti pulang. Tapi, setelah suaminya berjanji akan mengambil dia pulang, ditunggu2nya si Siti kedatangan suaminya yang tak kunjung tiba. Rupa2nya mak mertua dia telah mengajak anak tunggalnya itu ke Kuantan rumah Pak Ngah dia. Sekali lagi cubaan dia gagal, segagal cubaan saya meng'condemn TV3. Lagi satu, dan sebagai kemuncak cerita, Siti mengajak suaminya honeymoon. Tup2, sebagai kejutan mak mertua dia ikut sama. Maka, benganglah si Siti ni dengan suaminya yang anak mithali tak bertempat tu. Siti pun memarahi suaminya sambil mengatakan yang mak mertua dia tu menyebok saja diorang honeymoon. Mak mertua dia ter'overheard dan kecil hati. Ketika merajuk, dia bertemu dengan Datuk Taufik, owner Resort "mereka" berbulan madu. Mereka berjalan bersama2 sehingga sesat. Sambil itu, si anak tunggal dia ni dah macam orang gila kehilangan mak perangainya. Siti sedar dan terima hakikat yang suaminya dan mak mertua dia saling memerlukan. Keesokannya, mak mertua Siti dan Datuk itu ditemui. Disebabkan kerapatan mak mertua dia dan Datuk membuatkan mak mertua dia membuat keputusan drastik untuk mempersuamikan Datuk tersebut dan berjanji takkan mengganggu kebahagiaan anak dan menantunya itu. THE END.

Perkara yang saya tak boleh terima (tapi tengok cerita ni 2 kali!!!):

  1. Pelakon not badla (walaupun saya tak fancy pun), tapi cerita hampeh. Teori judge the drama based on it's actors memang tak boleh pakai untuk semua drama Melayu
  2. Cerita ini menjatuhkan saham anak2 tunggal. Contoh terdekat : Saya
  3. Lakonan over setiap pelakon yang menggelikan seluruh organ2 penting dalam badan. 
  4. Suara Liza Abdullah yang membuatkan kalau boleh saya nak mute je (bukan mute je, tukar channel terus. Tapi Mama suka tengok cerita ni. Katanya it closely resembles me, her one and only anak Mama, pfft - ok fakta : Mama tak cakap omputeh!)
  5. Cerita yang tiada moral value melainkan menyokong point #2 - jangan kahwin dengan anak tunggal (jatuh saham saya!)
  6. Yang paling2 saya tak boleh terima ialah, "atas permintaan ramai", cerita ini diulang tayang petang tadi!!!!! 
Apa2 pun setelah saya Google, antara top searches semuanya tak ada point negative. Semua cakap cerita ni lawak! Eh, korang ni tiada sensitivity terhadap golongan anak tunggal ke?

p/s : saya bukan emo sebab saya anak tunggal, cuma saya bengang dengan cerita yang langsung tak ada kualiti ni. Lepas tu siap ada ulang tayang pulak! TV3 has proven that they are everything about craps!

0

#crazybook Instead Of #facebook

Crazybook tu gilabuku kan? (-_-')


Setelah hampir seminggu badan nak tak serupa nak sihat (which explains why this page sangat2 berhabuk), petang tadi saya telah ke workshop untuk service kereta dan suruh jugak abang2 tu tengokkan radiator saya yang selalu sangat mintak diisi air, penat mak,nyah! 

Saya bersyukur kerana workshop itu hanya diperjiranan saja. Mesti abang2 tu pelik - muka macam orang yang dok dekat2 sini, tapi pergi workshop bermekap bagai, bertudung belit2, bawak beg macam nak balik kampung besarnya...

Kenapa saya berglamour sakan ke workshop? Sebab, workshop tu bukan destinasi terakhir saya. Destinasi terakhir mestilah rumah sendiri lepas berjalan2 betul tak, walaupun bawak beg balik kampung saya tetap balik rumah yang memang dah dasar tu jugak kampung saya. Maksud saya, lepas ke workshop, saya perlu ke tempat lain, iaitu JBRO (Johor Bahru Regional Office), WOU (Wawasan Open University). Tujuannya adalah nak mengambil course material untuk new semester yang bermula esok (esok? what?)

Setiba di JBRO, seperti biasa saya akan ke library dan on computer dan buat kerja office kat sana. Ya, saya memang kiasu - bawak laptop tapi masih pakai computer orang. Dah tu, jangan dikembangkan bontot saya dengan mengatakan saya ni pekerja contoh (ie: buat kerja dihari cuti) - sebab hari Jumaat saya MC jadi banyak kerja2 tertunggak, ahh korang bukan faham!

Setelah merasa teramat sejuk dek kondisi library yang macam kutub selatan tu, saya pun beredar. Dalam hati ada berkata "Apa kata kita shopping buku?" Wow, dah lama tak beli buku, last was Kasino, tu pun beli online. Dengan semangat excited saya, saya pun ke Jusco Taman U, kenapa? Takyah tanya, just go with the flow (-_-')

Ini hasilnya:

Today's Saturday (no plastic2), so MPH bungkus like that, and I, kinda like it!


Wah, sexcited sungguh saya!

Tapi... tapi... tapi saya hampir terlupa...

Ni course material for Business Statistics and Inventory Management

Tak lupa jugak CD-ROM lagihhh (o.O')
Persoalannya, beli banyak2, saya larat baca ke? 
Perlu repeat tak bahawasanya SEMESTER STAR ESOK?? (-_-')

Ehh nanti-nanti! Perjuangan baca-membaca saya tak stop hanya itu sahaja. Tengok ni:

Ni TheSun yang sempat saya cilok dekat JBRO (-_-')

Tu semua kena baca. Walaupun TheSun tu dah expired, tapi I may find some good info kat situ. So, I better read, and better read fast sebelum Mama buat basahan (I mean, gunakan untuk alas dia siang taugeh) (-_-')

Oh, how I really wish I am blessed with 32 hours a day since I kinda doing a good deed over here, kan? At least I have extra 8 hours before I really zzz. 
Kidding, just me sounding pathetic (-_-')

No matter how pathetic I may sound, what's left to do is :



Wrapping!!

A little something before I go and read (anyway, I'm done with the wrapping before I start jotting this down, ok):

  • Credits to Ms. Sue for highly recommending Eat Pray Love novel by Gilbert. She said the novel is tremendously good and definitely better than the movie (I haven't got the chance to watch the movie, though). Thanks Ms. Sue, I'll read it pretty soon, and I miss you..
  • Adakah saya dah mandi masa saya post blog ni selepas saya wrapping semua buku2 tu, termasuk novel 5 Tahun 5 Bulan by Hvolate, and The Nanny Diaries by Kraus & McLaughlin? Those yang hati busuk mesti cakap, saya tak mandi dan terus wrapping terus bukak Blogger. Kan? Kan?
  • Saya masih lagi hutang dengan Faiz Ezanee untuk habiskan baca 5 Tahun 5 Bulan and buat review. Well, technically dia takde pun paksa suruh habiskan baca, cuma buku tu dah lama berhabuk, dan tiba2 dia ada mention pasal Hvolate dekat blog dia, so saya dengan penuh berazam, berazam nak habiskan baca novel tu (-_-'). Saya akan baca lepas saya habis baca buku2 baru saya tu, yahoo~ (-_-')
  • Saya kena mintak maaf secara indirect kepada #bukufixi sebab saya dah janji dengan Ms. Nikki Tok (staff dia) yang there will be more purchase orders to come very soon. Tapi, finally I opted to buy through the traditional way coz secara ilusi optiknya, ia lebih murah (ya saya kitsch - saya cilok perkataan ni dari tehtarikgelasbesar.blogspot.com)
  • Memang most of the time (I said MOST of the time okay, no jurisdiction here!) immediately saya akan wrap buku2 yang saya beli. Sama jugak dengan textbooks. Sebab, kalau kita hesitating, first kita susah nak dapat balik mood nak wrap lepas tu buku2 tu will be left unwrapped, second buku yang kita beli tu akan tend to rosak apatah lagi bila guna sebelum wrap
Dah lah, tu je. Saya nak mandi (hahaha). Lepas tu instead of final browsing over the notes untuk tomorrow classes, why not have a dose of #bukufixi dulu? Yeay, that's the real me (-_-'), always find excuses NOT to study!

Hrmm, Dendam or Kougar dulu eq?

p/s : TAK MOLEY MINCAMMM!! 

0

Teater Sri Mersing 2 : Kenapa sesi pendengkian tak habis-habis ni?

Saya tahu saya tak perlu buat ini semua. Tapi saya perlu buat juga setelah memikirkan akibat dan mungkin sebab  musababnya. Tapi, PERLU ke?


Credit kepada Teater Sri Mersing


Bersama bestie saya, thanks for the invitation

With Azizah Mahzan. She's so friendly, by the way
(and she thought I was a Singaporean, silly her)

Gambar meramaikan album saya (-_-')

Antara babak~~

Kerana edisi pendengkian itu, dan niat buruk tahap maksima, akibatnya:
  1. Kami terlupa membawa kamera
  2. Saya memerlukan effort yang sangat tinggi untuk mengupload gambar yang tak serupa bikin ni di Facebook - sat2 hang, sat2 format gambo lak tokleh baca (-_-')
Nampak tak??

Tak? Takpe. Cuma moral of the story, saya tak PERLU berniat jahat walaupun saya berjahat manja.

Sekian. Harap bestie saya ni tak terasa. Namun begitu, rasa cemburu amat2 digalakkan untuk kesihatan.
0

Health concern

Just now, on our way to beli durian, we were bumped into free health check-up counter kat KipMart (ya, saya pengunjung tegar KipMart). Walaupun kami sering di'usha oleh kakak2 kat counter tu, selalunya I won't be interested (or maybe I was interested tapi perasaan gerun menggamit diri). 

But, this evening was a different story already. I decided, why not?! It was free, after all. 

Filled up the the form and began the test. First, it started off with measuring my weight and height. And too bad for me, the weighing scale was really kinda playing jokes with me, coz I 've never been that heavy my entire life! Ok, back to reality (-_-'), yup my weight is tremendously unsuspected (I know I'm demok, but give me a break la, not up till that kgs?!)

Ok, simply put, I'm demok sangat now. My height, definitely no changes. Sepatutnya selagi belum tumbuh wisdom tooth, kita berpeluang untuk tinggi lagi kan? Tapi apakan daya... (-_-')

Nuff about the "heaviness" and my "shortness"~~

I have a history of low BP few years back especially when I was a bit skinny. So, maybe I thought by increasing my weight, my BP will turn to normal. Unfortunately, here's the reality-check:

  • Tekanan Darah Masuk untuk Jantung - 104 (Bacaan biasa = 120 - 130)
  • Tekanan Darah Keluar - 69 (Bacaan biasa = 80 - 90)
  • Denyutan Jantung / Nadi - 86 (Bacaan biasa = 70 - 80)
  • Lemak Keseluruhan Badan - 37.0 (Bacaan biasa (P) = 20 - 29%)
  • Lemak Organ Dalaman - 21.1 (Bacaan biasa (P) = 15 KGS
Based on above result, I really confused on my kind of food intake yang sepatutnya I ambil. Tóutòng!!

And the worst part is, my mom's high BP. So, our diet ying gai bu yi yang, haiz!

Any solution or recommendation? 

We went back home with no durians in our hands (-_-')

Now You Can Call Me Ms. Lil' MacGyver!

This is my FIRST EVER attempt of plumbing project that really made me proud of myself (to say the least):

Paip pelik tapi benar!

Pandangan sisi.. Apa pandang-pandang???

uh, macam shot by camera mahal2 je. Semua cacat cela nampak kan??

After it was kinda success, still I didn't manage to repair pipe yang hijau tu. So, as a last resort, we called up my uncle (my beloved Pak Ngah) and my cousin to fix the "damage". And below is their finished products:


I decided to buy the cheapest pipe instead, and thanks cousin!!!

He fixed my damage as well. But the orientation still a little odd, don't you think??

And judging with the last pix, I kinda have faith in me coz the "before" and "after" kinda look the same to me. So, bravo Halima!!!


Joke of the day:

Mama : Akhir bulan ni puasa kan?
Me : Haah
Mama : Nanti bulan puasa Mama tak payah masaklah. Awak beli je, ye?
Me : Duit??? (sambil hulur tangan)
Mama : Amboi!
Me : Bulan puasa ni, Mama kena tanggung saya, besar pahala tanggung anak yatim ^^
Mama : Haah, yelah tu. Lagi besar pahala tanggung warga emas ni!! Grrr!!
Mama : (masih tak puas hati) Kalau orang dengar perbualan kita, diorang lagi setuju dengan Mama, lepas tu diorang mesti gelak besar punya! Hahaha
0

Saya Hilang Duit~

Pedihnya bila kita dikejar oleh orang2 suruhan bank dan meminta kita membayar hutang2 credit card. Ini kisah sedih hidup saya. Saya adalah peminjam bank tahap tegar. Ikuti kisahnya...

Dulu, saya pernah bekerja di sebuah kilang berkaitan dengan electronic. Setelah bekerja selama hampir lebih kurang 2 setengah tahun, saya mulai rapat dengan HR Executive. Malahan saya mendapat sedikit lebihan rezeki apabila saya diupah untuk menjadi driver dia datang dan balik kerja. 

Hubungan kami rapat seperti adik dan kakak. Saya mulai kenal keluarganya, malah saya amat rapat dengan pembantu rumahnya. Dia juga mulai rapat dengan mama saya.

Satu sikap dia yang mungkin membolehkan dia mempunyai ramai kenalan ialah, dia tidak pernah lokek. Dia selalu belanja saya dan kawan2 lain lunch and sometimes dinner as well. Bejawatan tinggi dan  bergaji besar membuatkan dia "rajin" berbelanja dan seperti yang saya katakan, membelanja orang lain juga.

Namun, tanpa diduga dia diduga dengan dugaan yang sungguh tidak terduga. Suaminya yang baru saja berumur mungkin hampir setengah abad pergi meninggalkan dia dan anak2 buat selama-lamanya. 

Walau badai datang menimpa, dia masih lagi berperangai murni hati dan rajin mengeluarkan duit ke mana2 saja. Baik ke hiasan diri dan juga masih murni hati membelanja orang lain. 

Disebabkan kebanyakan wang2 simpanan arwah (or insurance, I'm not sure) payah atau perlukan masa untuk diclaim, maka si kawan saya ini mula tunjuk belang.

Mula2 dia mempelawa saya untuk membuat credit card. And being a very young teenager, I was so excited to have a credit card sebab holding a credit card kan ada elegantnya. So, I did apply and my application was a success. Tapi, kawan saya meminta pertolongan saya dengan memnjam RM1000 tunai yang dikeluarkan memlaui credit card itu dan dia berjanji untuk membayar semula termasuk dengan bunga2nya sekali.


Dia tidak mungkir janji. Dia membayar semula walaupun agak tidak on-time. Saya boleh memahami kerana dia kematian suami. Tapi setelah beberapa bulan selepas itu....

Saya mendapat panggilan daripada sebuah bank ternama meminta saya untuk membayar outstanding balance untuk credit card saya. Saya jadi hairan! Lalu, saya terus menghubungi kawan saya untuk mendapatkan kepastian.

Dia mengaku telah menggunakan nama saya dan document2 saya untuk apply credit card. Dia berjanji akan membayar semuanya setelah wang arwah dia dapati. Saya tidak boleh berkata apa. Saya percayakan dia dan saya juga tidak sampai hati untuk membawa kes ini ke pihak berkuasa.

Lepas tu, selang beberapa bulan saya mendapat panggilan daripada dua bank yang lain pula, atas permintaan yang sama, iaitu meminta pembayaran secepat mungkin. 

Saya mulai bengang memandangkan amountnya memang diluar kemampuan saya. Credit card saya sendiri limitnya hanya sedikit. Saya telah meminta penjelasan daripada dia.

Sekali lagi dia mengaku. Dan masih lagi mengukir janji yang sama. 

~~
~~
~~

Sampai sekarang, pihak bank masih lagi menghubungi saya. Amaran mahkamah telah banyak kali saya dapat. Namun sesen pembayaran dari pihak dia belum lagi pihak bank2 tersebut terima.

Saya masih lagi dapat menghubungi dia, walaupun semakin lama semakin banyak no. telephone dia saya simpan di handphone saya. Saya tahu, saya ada pilihan untuk membawa kes ini ke pihak polis. Tapi, apa kebaikanmya? Kes ini akan mengambil masa sekurang2nya 3 hingga 4 tahun untuk selesai. Dan dalam tempoh itu, nama saya tidak BERSIH 2.0. Jadi saya masih lagi cuba memujuk pihak dia untuk membayar. 

Namun saya tahu, saya akan kehilangan wang berbelas ribu RM bila saya cuba merujuk perkara ini ke AKPK.

Ya, saya mengaku, saya bodoh! Tapi saya kesal, bagaimana bank2 itu boleh meluluskan permohonan saya sedangkan alamat rumah, orang yang mengambil credit card itu di bank adalah bukan alamat rumah saya dan definitely bukan saya!!!

Saya akan kurus - well, I'm just being positive!
0

Semuanya Sebab Bersih 2.0

Disclaimer #1: Saya tidak memperbincangkan tentang Bersih 2.0 di sini.

Jin tian, saya hanya stay at home. Semuanya sebab Bersih 2.0. Jin tian, saya addicted to YouTube and subscribed to vat19.com. Try to watch it, totally exaggerated yet fun!

Jin tian, wo ying gai bayar my outstanding Astro and Maxis bills kat Taman Molek. Damn - Wo bu hui bayar through internet or at least through TMPoint ke, or Maxis"Point"?? Sebab shang ge yue, I did try to pay Maxis kat autoteller dia kat Maxis Centre tapi tidak berjaya.

Jin tian, wo ke neng yao qu bayar semua bill kalau tiada Bersih 2.0.

Wo zhe dao, ke neng JB mei you Bersih 2.0. Dan shi, wo men kena berhati-hati, tui bu tui?  

Jin tian, disebabkan Bersih 2.0, wo ye addicted to mudah.com. Di sana, saya meriki2 harga for second-hand Suzuki Swift, mesin basuh, radio and speaker Kancil he wo yue lai yue addicted to that website! Haiz!

Semuanya sebab Bersih 2.0!!

Disclaimer #2: Saya budak baru belajar hanyu pinyin. Judi, kalau terdapat kesilapan tatabahasa / vocab Mandarin kat atas tu, Bàoqiàn! 

 

Kasino @bukufixi

At exactly 8.00pm, 30/June; I reached home from a kilang baja in Pasir Gudang (-_-')

First question asked "Ma, mama masak apa ari ni?"

"Mama masak -" tak sempat mama sambung-

"Ei, Pos Laju!!! Orang tau apa benda dalam ni!" sambil dengan gelojoh membuka envelope tuh

"Apa tu, apa tu?" Eh, Mama pun tak kurang jugak excitednya.

Jeng Jeng~~



Ya, aku dah dapat dah novel Kasino pesanan online aku dari @bukufixi! Dan, tepat jam 5.30 am 1/July, aku dah khatam baca novel tuh! Terrer tak?!

Terrer tak terror, meh sini saya bagi sedikit review tentang novel karangan Saifullizan Tahir.. 

Ceritanya mengenai Dato' Narcissus - seorang yang percaya diri, dan arrogant. Dia berbisnes landscaping. Dia sangat perfectionist - dalam pekerjaan dan juga imej; pelbagai brand2 orang kaya2 yang kita boleh pelajari dalam novel ini (pelajari sahaja, memiliki mungkin tidak!)

Dalam cerita ini, kita diperhidangkan dengan budaya korupsi yang diamalkan oleh syarikat2 besar di Malaysia ini. Apabila negerinya bertukar tampuk kerajaan Dato' Narcissus mula panik kerana segala skeleton in his closet semua akan terbongkar. Disebabkan itu, dia perlu membayar semula pinjaman yang telah diberikan kepadanya sebanyak RM3.8juta dalam masa 14 hari.

Sekadar nak #facepalm, akhirnya dia pun berjaya mengumpulkan wang yang dikehendaki itu dalam masa yang telah ditetapkan melalui perjudian.

Maaf kerana menspoilkan ending cerita ni. Tapi, ceritanya simple tapi sarat dengan reality yang memang berlalu di negara ini. Tu yang buat novel ni best!!

Bayangkanlah kehidupan seorang Dato' yang mempunyai banyak duit dan boleh mendapatkan apa2 yang dikendakinya dengan sekelip mata. Dia merokok dengan rokok cerut (wuu, mahal kot tuh!). Perempuan simpanan, jangan cakaplah. Minum - hanya wain yang terbaik! Judi - dah tajuk pun Kasino, what do you expect? 

Tapi, tapi masuk waktu, pakcik ni solat beb! 

Well, he doesn't represent the person that are hypocrites, in my opinion. I think, it's more to living his life to the fullest. Dibesarkan di Johor, dia mempuyai pegangan agama yang agak teguh, mungkin kerana didikan yang diterima dari sekolah agama, mungkin. Tapi, perempuan simpanan, arak, judi - penting untuk succesful businessman. Tapi, dia solat mungkin untuk cuba membasuh dosa2 nya. Dalam cerita ini, saya cuma tak pernah 'nampak' dia solat Subuh sahaja. Tapi, selain daripada Subuh, semuanya complete!

Pelik, tapi itulah mungkin lumrah mereka.

Moralnya - mungkin kerana pengaruh politik, sebab tulah BN masih berkuasa. Jangan dipersalahkan penduduk Felda sahaja kerana sentiasa beriman dengan BN. Tapi, berapa banyak syarikat2 swasta yang besar2 yang bergantung harap dengan kerajaan sedia ada. Kalau diundinya parti yang lain, tak ke payah  mereka itu?

p/s : akan mencari Dendam, Pecah, Cekik dan Kougar di kedai2 buku berdekatan. Kalau melalui pos, mahal sikitlah. MPH Bookstores ada kot!


Back to Top