Setelah meng'Google, memang betul kot "due to popular demand"!
Drama Anak Emak ni pernah keluar di slot Cerekarama TV3 early July kalau tak silap (tak penting pun fakta ni). Desebabkan kebiasaannya Sabtu malam memang tak ada jadual lain dan channel2 lain pun sama sucks dengan TV3 tu, jadi memang dah menjadi rutin mingguan untuk saya dan Mama tengok Cerekarama. So untuk minggu tersebut, Drama Anak Emak on-air.
Pelakonnya ala2 terkenal jugalah dipersada drama Melayu. Tapi yang saya ingat namanya hanyalah Liza Abdullah dan Ngasriah Ngasri. Dan berikut adalah hasil titik peluh saya men'Google.
Antara yang menjayakan : Ungku Ismail, Almy Nadia, Liza Abdullah dan Anne Ngasri. (source : di sini). Kalau mereka yang menjadi hamba drama Melayu, mesti kenal dengan pelakon2 ni. Kiranya, cerita ni sepatutnya gebam-gebum la sebab pelakon2nya tahap "bolehla".
Sekali lagi aku nak condemn TV3 setelah cubaan pertama aku gagal. Sebelum condemn, meh sini saya cerita pasal cerita ni (untuk makluman, saya bukan pencerita yang baik, bear with it!)
Siti lakonan Almy Nadia tertekan dengan sifat suaminya (Tengku something something tu - couldn't care less) yang baru dikahwini kerana terlalu manja, rapat dan mengutamakan ibunya (Liza Abdullah). Bayangkanlah, dah besar panjang pun masih nak tidur dengan mak dia. Segala permintaan mak mertuanya itu dituruti suaminya 100%. Sampai ada satu scene tu, mereka suami-isteri sudah sepakat untuk pindah tapi lakonan ibunya yang kononnya jatuh membuatkan mereka cancel niat untuk berdikari itu. Sebelum itu, suaminya siap minta izin dengan isteri untuk tidur dengan mak dia sebab memandangkan itu akan menjadi malam terakhir mereka di rumah mak dia tu (sepatutnya). Pelbagai usaha dilakukan si Siti ini untuk mendapatkan perhatian suaminya yang dirasakan dimadukan oleh ibu mertua sendirinya itu. Antaranya, dia berpura2 sakit perut dan keadaan itu membuatkan suaminya cuti emergency untuk menjaganya. Tapi, setelah nampak dia sihat, mak mertuanya mengajak anak dia shopping sebab anak dia cuti. Selain itu, Siti juga telah cuba untuk keluar rumah selama agak2 dalam seminggu dan duduk di rumah ibunya sendiri dengan mendakwa ibunya di kampung itu sedang sakit. Terbukti, suaminya itu sayang dengannya dan memujuk Siti pulang. Tapi, setelah suaminya berjanji akan mengambil dia pulang, ditunggu2nya si Siti kedatangan suaminya yang tak kunjung tiba. Rupa2nya mak mertua dia telah mengajak anak tunggalnya itu ke Kuantan rumah Pak Ngah dia. Sekali lagi cubaan dia gagal, segagal cubaan saya meng'condemn TV3. Lagi satu, dan sebagai kemuncak cerita, Siti mengajak suaminya honeymoon. Tup2, sebagai kejutan mak mertua dia ikut sama. Maka, benganglah si Siti ni dengan suaminya yang anak mithali tak bertempat tu. Siti pun memarahi suaminya sambil mengatakan yang mak mertua dia tu menyebok saja diorang honeymoon. Mak mertua dia ter'overheard dan kecil hati. Ketika merajuk, dia bertemu dengan Datuk Taufik, owner Resort "mereka" berbulan madu. Mereka berjalan bersama2 sehingga sesat. Sambil itu, si anak tunggal dia ni dah macam orang gila kehilangan mak perangainya. Siti sedar dan terima hakikat yang suaminya dan mak mertua dia saling memerlukan. Keesokannya, mak mertua Siti dan Datuk itu ditemui. Disebabkan kerapatan mak mertua dia dan Datuk membuatkan mak mertua dia membuat keputusan drastik untuk mempersuamikan Datuk tersebut dan berjanji takkan mengganggu kebahagiaan anak dan menantunya itu. THE END.
Perkara yang saya tak boleh terima (tapi tengok cerita ni 2 kali!!!):
- Pelakon not badla (walaupun saya tak fancy pun), tapi cerita hampeh. Teori judge the drama based on it's actors memang tak boleh pakai untuk semua drama Melayu
- Cerita ini menjatuhkan saham anak2 tunggal. Contoh terdekat : Saya
- Lakonan over setiap pelakon yang menggelikan seluruh organ2 penting dalam badan.
- Suara Liza Abdullah yang membuatkan kalau boleh saya nak mute je (bukan mute je, tukar channel terus. Tapi Mama suka tengok cerita ni. Katanya it closely resembles me, her one and only anak Mama, pfft - ok fakta : Mama tak cakap omputeh!)
- Cerita yang tiada moral value melainkan menyokong point #2 - jangan kahwin dengan anak tunggal (jatuh saham saya!)
- Yang paling2 saya tak boleh terima ialah, "atas permintaan ramai", cerita ini diulang tayang petang tadi!!!!!
p/s : saya bukan emo sebab saya anak tunggal, cuma saya bengang dengan cerita yang langsung tak ada kualiti ni. Lepas tu siap ada ulang tayang pulak! TV3 has proven that they are everything about craps!
0 comments:
Post a Comment
What say you?