Pedihnya bila kita dikejar oleh orang2 suruhan bank dan meminta kita membayar hutang2 credit card. Ini kisah sedih hidup saya. Saya adalah peminjam bank tahap tegar. Ikuti kisahnya...
Dulu, saya pernah bekerja di sebuah kilang berkaitan dengan electronic. Setelah bekerja selama hampir lebih kurang 2 setengah tahun, saya mulai rapat dengan HR Executive. Malahan saya mendapat sedikit lebihan rezeki apabila saya diupah untuk menjadi driver dia datang dan balik kerja.
Hubungan kami rapat seperti adik dan kakak. Saya mulai kenal keluarganya, malah saya amat rapat dengan pembantu rumahnya. Dia juga mulai rapat dengan mama saya.
Satu sikap dia yang mungkin membolehkan dia mempunyai ramai kenalan ialah, dia tidak pernah lokek. Dia selalu belanja saya dan kawan2 lain lunch and sometimes dinner as well. Bejawatan tinggi dan bergaji besar membuatkan dia "rajin" berbelanja dan seperti yang saya katakan, membelanja orang lain juga.
Namun, tanpa diduga dia diduga dengan dugaan yang sungguh tidak terduga. Suaminya yang baru saja berumur mungkin hampir setengah abad pergi meninggalkan dia dan anak2 buat selama-lamanya.
Walau badai datang menimpa, dia masih lagi berperangai murni hati dan rajin mengeluarkan duit ke mana2 saja. Baik ke hiasan diri dan juga masih murni hati membelanja orang lain.
Disebabkan kebanyakan wang2 simpanan arwah (or insurance, I'm not sure) payah atau perlukan masa untuk diclaim, maka si kawan saya ini mula tunjuk belang.
Mula2 dia mempelawa saya untuk membuat credit card. And being a very young teenager, I was so excited to have a credit card sebab holding a credit card kan ada elegantnya. So, I did apply and my application was a success. Tapi, kawan saya meminta pertolongan saya dengan memnjam RM1000 tunai yang dikeluarkan memlaui credit card itu dan dia berjanji untuk membayar semula termasuk dengan bunga2nya sekali.
Dia tidak mungkir janji. Dia membayar semula walaupun agak tidak on-time. Saya boleh memahami kerana dia kematian suami. Tapi setelah beberapa bulan selepas itu....
Saya mendapat panggilan daripada sebuah bank ternama meminta saya untuk membayar outstanding balance untuk credit card saya. Saya jadi hairan! Lalu, saya terus menghubungi kawan saya untuk mendapatkan kepastian.
Dia mengaku telah menggunakan nama saya dan document2 saya untuk apply credit card. Dia berjanji akan membayar semuanya setelah wang arwah dia dapati. Saya tidak boleh berkata apa. Saya percayakan dia dan saya juga tidak sampai hati untuk membawa kes ini ke pihak berkuasa.
Lepas tu, selang beberapa bulan saya mendapat panggilan daripada dua bank yang lain pula, atas permintaan yang sama, iaitu meminta pembayaran secepat mungkin.
Saya mulai bengang memandangkan amountnya memang diluar kemampuan saya. Credit card saya sendiri limitnya hanya sedikit. Saya telah meminta penjelasan daripada dia.
Sekali lagi dia mengaku. Dan masih lagi mengukir janji yang sama.
~~
~~
~~
Sampai sekarang, pihak bank masih lagi menghubungi saya. Amaran mahkamah telah banyak kali saya dapat. Namun sesen pembayaran dari pihak dia belum lagi pihak bank2 tersebut terima.
Saya masih lagi dapat menghubungi dia, walaupun semakin lama semakin banyak no. telephone dia saya simpan di handphone saya. Saya tahu, saya ada pilihan untuk membawa kes ini ke pihak polis. Tapi, apa kebaikanmya? Kes ini akan mengambil masa sekurang2nya 3 hingga 4 tahun untuk selesai. Dan dalam tempoh itu, nama saya tidak BERSIH 2.0. Jadi saya masih lagi cuba memujuk pihak dia untuk membayar.
Namun saya tahu, saya akan kehilangan wang berbelas ribu RM bila saya cuba merujuk perkara ini ke AKPK.
Ya, saya mengaku, saya bodoh! Tapi saya kesal, bagaimana bank2 itu boleh meluluskan permohonan saya sedangkan alamat rumah, orang yang mengambil credit card itu di bank adalah bukan alamat rumah saya dan definitely bukan saya!!!
Saya akan kurus - well, I'm just being positive!
0 comments:
Post a Comment
What say you?