0

Jom cerita pasal kahwin?

Mukaddimah : "Why so serious???" says The Joker in Batman : The Dark Night

Halima dah nak kahwin ke? Entah. Jom kita recall entri budak ni yang terdahulu. Bukan ke dia (saya) cakap I got to end my relationship?? Technically, I'm choosing to be single. So, why talk about KAHWIN??

Again I must say "Why so SERIOUS?" Nak cakap pasal soal2 serious sesekali apa salahnya,kan?

Kahwin dari segi islamiahnya memanglah sunnah. Nabi tak ngaku umat kalau umatnya itu tidak berkahwin. Berat tu hukumnya. Tapi, saya percaya kepada jodoh dan pertemuan. Manalah tau, yang sebenarnya jodoh saya yang kacak lagi kaya yang telah ditentukan Tuhan tu sebenarnya telah tiada di bumi nyata. Jadi, sebab tulah saya masih belum kahwin dan saya Insya-Allah akan berjumpa dan "berkahwin" dengannya di akhirat kelak. Tapi, itu semua terlalu "tak-tercapai-akalmu" untuk dibahas jadi saya memilih untuk berbicara pasal kahwin berdasarkan logic akal.

Owh sebelum tu, mari kita berehat sebentar bersama Kit Kat.

Kawan seopis saya pernah dipetik sebagai berkata seperti berikut:

Mei Lin says "Halima, better don't kahwin.... Single is better..."
On the other hand, Lesley says "Bolehla, sekali!" (I'm not sure what she means by sekali, but my interpretation is, can kahwin but don't kahwin few times, but once only. If not success, divorce and don't kahwin lagi)

Sambung kepada topik sebenar.

Menurut sumber yang saya cilok dari www.ar-rifke.com, akhbar paling kotor di Malaysia kerana paling banyak digunakan sebagai bungkus nasi lemak iaitu Harian Metro, melaporkan pada 07 Disember 2010 bahawa:

  1. Dalam kajian pada 2007 pula, Jakim mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian dan bagi tempoh enam hingga 10 tahun pula mendapati 27.7 peratus bercerai. 
  2. Berdasarkan rekod 2009, 135,136 perkahwinan didaftarkan manakala 27,116 kes perceraian pula direkodkan. Ini bermakna dalam tahun 2009, 20% pasangan yang baru atau dah lama berkahwin, BERCERAI.

Adoi, saya sungguh negatif soal perkahwinan pulak ni. Jangan jatuh hukum "bukan umat Nabi" sudahla! Tapi ini realitinya. Secara amnya, peratus penceraian akan meningkat setiap tahun. Ini sangat mengerikan. Sebagai tipikal wanita yang bekerjaya, saya rasa jika sesebuah perkahwinan itu tidak lagi menjanjikan kebahagiaan, wanita akan dengan mudahnya meminta cerai daripada suaminya. Mudahkan?

Tidak bagi saya! Cerai mudah. Tapi urusannya sungguh complicated. Hukum mudah, tapi cara perlaksanaannya rumit. Dan seperti yang digembar-gemburkan oleh Nami dalam petikan entrinya Undang-Undang Perkahwinan Pro Wanita Dan Anak Muda, Mahkamah Syariah memang pro-lelaki. So, agak leceh untuk wanita mengakhiri perkahwinannya melalui tuntutan fasakh. Silap-silap, perkahwinan diteruskan pada akhirnya setelah menghadiri beberapa sesi kaunseling. Tapi, trust me, perkahwinan yang disambung balik itu adalah segalanya melainkan bahagia (read : is everything but happiness)

So kahwin senang. Tapi cerai susah!

Wait, saya tidak bercakap soal cerai sepatutnya. Saya kena cakap soal kahwin sebab saya yang menentukan soalan-soalannya dalam blog kepunyaan saya ni. Ni makhluk asing mana entah yang meng'astray'kan isi kandungan saya lari laju-laju dari tajuk ni?

Sebagai seorang Halima, saya percaya kepada perkahwinan dan of course jodoh dan pertemuan. tetapi secara logic akal saya untuk saya je, saya malas tak tahu masak, saya tak reti mengatur jadual tugasan rumah tangga dan saya perlu serumah dengan jantina yang berlawanan dengan saya?? (malahan tidur sekatil? saya tidur berpusing 360 darjah tau). Saya sungguh2 belum ready untuk sebuah perkahwinan. Saya masih lagi mementingkan kepentingan diri sendiri yang kadang2 penting, kadang2 tak penting tu. 

Jadi kesimpulannya, kalau nak tunggu kad jemputan dari saya, samalah seperti anda menuggu LRT dibina di Puteri Wangsa, Johor!

Tapi, masalahnya dah dua minggu dah, perkataan kahwin tak lekang2 keluar dari mulut mama. Apakah???





0 comments:

Post a Comment

What say you?

Back to Top