0

Konspirasi Terhebat Dunia

Wah tajuk, seolah2 semalam tak ada kerja lain selain membuat research. Edukasi dan kontroversi sungguh!

Sebenarnya, saya bukanlah pakar2 di dunia sampai saya boleh mengulas tajuk2 yang ala2 konspirasi President of US, atau teori kapitalisma, ataupun teori Lynas oleh PM Najib. Ini bukan kajian politik, but this is kajian ekonomi dari skala nanometer. Kajian ekonomi diri sendiri.

Pagi tadi seawal bangunan tidur, terlintas di kepala saya yang berambut serabut itu - kenapa gaji makin naik, saving velocity adalah zero, static? It's not like my salary is increased this year, sedih sebab my boss is another brand new boss, then dia cakap he has to look to my overall performance and he cannot make such decision for salary increment recommendation for me in such a short period of time. Ok, dah cukup cerita pasal gaji sendiri.

Berbalik kepada topik sebenar sebelum saya teralih bahasa sebentar tadi, iaitu tentang ekonomi diri sendiri. Kalau mengikut skala, ya gaji saya ada peningkatan setiap tahun, mungkin tidak selaju dengan kadar peningkatan inflasi dunia, tapi senang cerita setiap tahun adalah naik. Contohnya, tahun 2010 gaji RM1000, 2011, gaji RM1200, 2012, RM1200 jugak (kan dah cakap tadi tak ada increment!) Naik la tu kan. Ditambah pula dengan pekurangan kadar komitmen berasaskan pembayaran bulanan - kereta dah habis bayar, tiada hutang2 dengan Courts dan sewaktu dengannya, rumah pulak rumah free kan... TAPI!!!!

Tapi kenapa saving saya masih tahap tu jugak. Contohlah, 2010 saya membuat skim pinjaman ASB RM10000, kan kadar bayarannya beykurang RM100 sebulan, awal tahun 2011, dividentnya habis dikeluarkan semuanya. Eh, 2012 pun samalah! Setakat bayar RM100 sebulan guna auto debit tapi divident ASB tu dah kering jugak dikeluarkannya! Paham tak?

Tak faham?

Maksudnya, kalau memang dah tak ada sumber saving yang lain selain ASB tu, sekurang2nya peningkatan kadar gaji (cakap ala2 in bracket ehh), tak payahlah keluarkan divident ASB tu, maksudnya kadar penyimpanan turut meningkat selari dengan kadar input sumber pendapatan. Ok, ASB tu contoh, sekadar nak membayangkan tahap pecutan kadar saving saya yang pretty much static ni.

Mungkin, jujur saya boleh katakan di sini, saya mungkin tidak, atau jarang menghadapi kekurangan wang pada akhir2 bulan. Unlike before, towards akhir bulan adalah hari2 saya berpuasa dan kereta saya juga berpuasa petrol katanya. Tapi saya kurang berpuas hati dengan diri sendiri - berapa nilai saving anda??

Berbalik kepada tajuk assignment yang diberi di atas - konspirasi. Saya rasa dan saya sungguh percaya konspirasi terhebat yang menyebabkan saya sebegitu, seperti yang digambarkan di atas itu, adalah kerana convenient stores. Tesco - being the most visited hypermarket I've been to - is the biggest culprit. Econsave, Kipmart, Giant, malah Guardian  dan Watson dan mana2 kedai yang se-ala2 tu, merekalah konspirasi yang hambo maksudkan.

Melangkah kaki masuk ke Tesco, saya akan pastikan saya membawa beg "selamatkan alam sekitar" supaya satgi saya dapat extra point. Oh, Tesco Clubcard jangan lupa bawa. Masuk Tesco biasanya perut ala2 dah diisi sedikit, yang ringan2. Nampak botol air - beli. Nampak stationery - beli. Nampak perfume kereta - beli. Nampak bantal busuk - beli. Nampak set pinggan mangkuk plastik color2ful - beli. Belum lagi nampak jajan2 - beli lagi. Habis shopping - makan pulak. CoolBlog jangan lupa singgah. Nampak?

Tujuannya nak beli keperluan. Ended up, troli full of luxury, and less of necessity. One thing pasal convenient store, it is so convenient for us to see unnecessary thing being displayed in such tempted way which drives us to rasa bersalah kalau tak beli. Limited promotion is the culprit of the culprits. Eh, 50% discount of underwear la - beli. Padahal, tak beli bukan bermakna tak pakai, kan?

You know, I write this (I keep to writing instead of typing cos it makes more sense, full stop - ini konspirasi yang dicipta sendiri) under recent influence of this recent TV programme in TLC called Extreme Couponing. In that show, those people sanggup go to the extreme kutip kupon, knocking one door to another, to get coupons from newspaper cutouts, buat research kat internet to get the best deal - and they said that we are actually fighting with the market. They said we and  markets are like in chess game. We need strategies before we go to shop. Without them, we will be lost, and needless to say, I was pretty much losing all this time.However, to implement what those people do, here in Malaysia, seems unrealistic. Maybe ada such websites yang sediakan coupon such as Groupon or something like that. But I will not go till that extend sampai shopping RM600 before coupon and only pay RM6 after couponing. Tapi, yang menariknya ialah bagaimana kita sentiasa kalah di dalam peperangan kita dengan market. Kenapa sesuatu product yang sungguh2 unnecessary like recently I bought a metal bookmark, mempunyai larger than life selection being displayed. Sebab the demand is there. Kamonla, bookmark je kot. Pakailah kertas apa2 pun boleh jadikan bookmark jugak kan. So you see, ada demand for such unnecessary product, sebab tu kilang2 pembuatan product2 tu, keep on producing and other kilang sees this same opportunity, dan mereka pun buat product yang sama. See, kita jugak yang mintak. Bila bill credit card sampai, kita jugak yang mengeluh, kenapalah kita ni boros sangat.

Talking bout credit card bill, actually I'm still under the influence of a movie called Confessions of a Shopaholic which aired on TV3 yesterday (or rather, yesternight?). I can recall exactly what Rabecca Bloomwood said "When I shop, the world gets better, and the world is better, but then it's not, and I need to do it again" Ok, I'm quoting it from somewhere, tapi I can totally relate to that quotation. Ada satu scene , when she's about to buy that green scarf, when that manequin sweet-talking to her to make her buy that totally unnecessary and absurd scarf. Look:
 
 
See! That's the process or the whole feelings that we feel when we want to buy that unnecesities. Last2 terbeli jugak. Kalau tak beli, sampai berbulan2 boleh teringat2. Macam berbulan lepas I saw this shoe carries Scholl label, and it was under New Arrival range. Without any discounts, harganya RM200++. Rasa nak beli tu dah 80%. Sampai la ni rasa guilty lagi sebab I tak beli!
 
So, my point here is, somehow, orang macam Rabecca Bloomwood ni ada dekat semua orang (especially women). So, kalau kita nak avoid unnecessary purchases, the best way is to avoid seeing them altogether. Tak payah pi hyper, super, duper market, tak payah pi Jusco. Tak payah fikir tentang discount yang digembar-gemburkan tu. Kalau nak beli barang basah - pi pasar yang hanya jual barang basah. Kalau nak baju, beli dekat kedai2 tepi jalan tu. Cuma kalau nak beli make-up and skin care - baru pi The Body Shop (hehe). Pastu, pi The Body Shop dengan penuh tawakal, straight go to The Body Shop, beli barang yang nak beli je, jangan peduli discount2 tu, pastu blah jangan toleh kiri kanan lagi!
 
So, moral of the story, next month I akan selalu ke kedai2 tepi jalan in my neighbourhood. Dapat jugak membantu bisnes mereka yang merudum itu yang dikecam oleh pasaraya2 besar, kan???

Way to go, me!!
0

Halimah dan blog

What can I say is, it just didn't click that much though, I mean - between Halimah and blog la~~ (duhh). Cenggini ceritanya...

Jeng

Jeng

Jeng

(wonder why mesti jeng tiga kali, can we repeat it even more, like, jengjengjengjengjeng?)

Bila Halimah membaca blog2 yang terkemuka, readers mereka berbudle-bundle, tetiba mentol kuning ala2 Digi menyala atas kepala. Konon2nya nak buat blog jugak, ecehh. Kononnya Halimah merasakan yang dia mempunyai bakat terpendam ala2 hidden talent gittew, to write better then them all. So, it lead to her creating one less-frequent-visited page in this thing called world wide web, ecehh. Dia biarkan masyarakat dunia membaca cerita2 peribadinya. Dia merasakan dengan cara itu dia dapat menguasai dunia, atau sekurang2nya menguasai pemikiran rakyat setempat. Walaupun isi2 kandungan blognya tak adalah berbentuk edukasi atau fiksi atau polisi, atau berisi, tapi itulah angan2 murni dia. Suci kan?

Ok, itu crappy namanya (pause dalam 10 saat gittew)

Sebenarnya saya masih di dalam mood membaca novel2 Fixi. Tu yang penulisan tu, wait! Penulisan? Kami typing now ok, no more tulis, hokey (sambil gedik ala2 queen latifah) Ok, rephrase! Tu yang penaipan ala2 once-upon-a-time tuh. Haha, tergelak besar I, walaupun tergelak di masa yang tak seswai. Kan tak ada lawak di situ (blank!).

Terkadang (ecehh), Halimah teringin membeli sebuah recorder. Bukan! Bukan alat music tu. Recorder tu macam alat yang ala2 walkman zaman batu dulu, tapi kita boleh rakam, or rekam? Ha, dia nak recorder. Sebab kadang2 idea nak update blog tu datang tak kira masa. Tapi frekuensi paling tinggi adalah ketika dia driving, either pergi atau balik kerja. But since she didn't have one, she ended up losing the idea somehow somewhere somehow some more, lepas tu terjadilah padang jarak di laman ini (who would have guessed kan?)

Please la (pusing mata)

Tapi, itu penting ke? Sungguh tidak (sedar pun!). Well, like I mentioned before so many times, this page is mine, is personal and is such a loner to its own world. So, who cares kan? Yang penting, hanya bila saya rasa saya ada something nak shout out to none other than my own self, I update. Otherwise, I biar je tempat ni sunyi.And, I like the concept of redundancy, so... who cares kan?

Tidak, tidak. Ini bukan suatu konsep demonstrasi. Saya tak kesah manusia sejagat menghiraukan page saya ni. Sebab, that is just to my advantage jugak. This is just a so-called suara hati Halimah kepada diri sendiri dalam bentuk penaipan. So, sekiranya saya kurang sumber bacaan suatu hari nanti, saya dapatlah baca isi hati saya yang suatu masa dulu. Kan ok tu. 

Perlu dinyatakan di sini, saya masih tidak perlukan trafik di sini, apatah lagi polis trafic. Kan munafik tu. Cuma, kadang2 perasaan bangang tu terkadang2 jugak tak pernah gagal untuk timbul di minda - nak jadi fofuler, nak jadi femes. Tapi, I'm pretty sure, if it happens (you wish!!), it will defeat the whole purpose. Sebab my page ni hanyalah, well, like I said numerous times before, is a place for me to jot my mind's out (hah, ayat pelik, but who cares)

Seronok menaip di blog ni. Kemudian hari boleh baca balik. Masa type, rasa bangga sebab dapat type dengan laju, walhal yang lajunya bila hit backspace saja (takpe) . The feeling, the experience tu yang seronok. Bukan the whole idea of updating. For me, kalau memang mood nak update tu dah mai, update je. Kotak idea kosong? Biarin. Tulis je. Selagi jari jemari masih mahu menari, pandai2lah segala jaringan neuron bekerjasama untuk menghasilkan sebuah entri. Ini bukan tempat yang pembacanya perlu membayar untuk membaca. Jadi, if we write craps, who.... cares.... kan?.....

(lagi2lah kalau pembacanya memang sorang saja - bukan statement demonstrasi)

Anyway, sekarang pun saya dah kurang sangat2 memblogwalking. When updating, least to say that the idea purely comes straight from my mind. No more ikut cerita semasa, trend semasa, dari semasa ke semasa ke.. Mostly spontaneous. Cuma, bila re-read tu, adalah edit2 sikit. Sebab kadang2(bukan! Selalunya) intonasi yang keluar bila re-read tu berbeza dengan intonasi ketika menaip. Jadi, perlulah membuat sedikit reconstruction supaya mesej yang disampaikan tidaklah misinterpreted detik ulangbaca suatu hari nanti.

Sayangkan, Halima tak cuma untuk menulis. Kalau cuba, mungkin I could be a successful novelist. Sebab I love to write (no, type!) crappy things. And, hobi saya ialah exaggerating, straying away from the main idea dan meluku tdi tepi gantang (motif?)

Seronok melihat jari-jemari menari, sambil halwa telinga didendangkan dengan pelbagai lagu2 dari artis2 negara penjajah kita iaitu dari British. Dari awal sampai la ni, memang tiada isi yang jelas, semuanya pembebelan yang nyata. Yang penting, seronoknya saya!

Oklah, cukup panjang dah percakapan saya di sini. Saya perlu memfokuskan diri saya semula ke tv yang masih ter-on lagi ni. Walau apa pun cerita yang keluar, tengok ajalah, jangan banyak songel!
0

Selamat datang bunga April

Wah tajuk - pun boleh!

Bila Halima bercakap dengan Halima, beginilah bunyi dialognya, "Jom update blog!"
And immediately she replies, "Jom minum CoolBlog, lagi best!"

Yes, I love CoolBlog just because it is pink in korourr!

Jom cerita pasal hari ni. Hari ni remarks for the first time - me attending to an Indian wedding. Syok gila, gamat suasana. Tapi sayang, if we were there a bit earlier, we could enjoy the whole ceremony - tukar saree and so on. But anyhow, it was fun, no doubt about it. 

Owh, went together with BFF Tina and her hubby, and my mom. Met a lot of long lost ex-classmates, and being a clumsy Halima, the usual me, I have unintentionally, forgotten who they are. Silly me!

Right after that, me and Tina went our separate ways. I went to Jusco Tebrau with one, and only one intention only - to buy some novels (konon2 buat penghilang bosan bila saya buat rebonding soon, elllleeehhhh! But yeah, I did buy some novels, yeah~~ *angguk-angguk, geleng-geleng*


Sebenarnya bukan itu sahaja. Ada lagi - Marshmallows for Breakfast by Dorothy Koomson (it was on sale - only RM 9.90 - mesti ceritanya tak best kan?), Bicara Hati (bought for Mama, just because the novel transformed into drama series gituhh), and some stationery, macam budak sekolah gamaknya!

Kaedahnya, saja nak bagitahu, tak sabar nak finish all 'em off! Dah banyak dah koleksi Buku Fixi saya dah punya (haha, ayat! Pun boleh!)

Babe, not only did I go to Harris, I also, for the first time ate a very tasteful pizza at El Migos - gilabeng best! But, henpon low batt, so tak dapat nak capture picture, just browse em through their brochure (pantun pulakk!). It has been announced publicly, or at least numerous times to me that their pizza is the best in town. Baru hari ni dapat chances merasa, and they have proven their statement right! And, Mama pun enjoyed the pizza so mucho!

Owh, right after that we went to The Body Shop, err , shop. Kata, avid user kan! Niat mesti suci murni, just nak redeem voucher yang hampir expired. Tapi, hamek bagian!!


There's a foundation, EDT perfume, sponge, lip gloss, a very natural mascara, a facial cleanser, and a make-up base cream. Hihik, tak boleh blah alas meja munga-munga.

Wait, wait!

Halima pakai cleanser The Body Shop? Since when? *kerut dahi sampai kerepot*

Since just now! Well, I was, or rather, I am, still a consumer of Olay's White Radiance skin care products. Tapi, I will eventually going to change it to The Body Shop's ones. Not that Olay's not good. They are superb, to say the least. I mean, I didn't turn so much whiter la, tapi, I think radiant tu adalah! Cuma, mungkin The Body Shop's ones can do better kan.. Or, maybe just because of the Sales Assistant dia yang super best (with the name of Ms. Zam). Or maybe, just because two customers before me had made purchases of those skin care products (silly reason to spend money! Errghhhh).

Owh, the perfume and sponge are for Mama. Mama dah ada perfume Cherry apa ntah from The Body Shop jugak, tapi still nak lagi walhal perfume tu baru je beli early this year! Saja je lah tu!!

Ironically, selamat datang bunga April equals to bye bye money honey!

Owh ya, earlier last week I just realized that saya dah tumbuh gigi bongsu! Maknanya, saya dah tua kerepot. And that's why I need my dose of Vitamin C from The Body Shop (make an ugly sound to this).

 Last week (around there la, can't recall sangat), I bought this to redeem earlier voucher:




Original price : RM 15.90 (over-priced price, I must say), with the voucher, I'm it's owner only at RM0.90! On the same day, I had actually wanted to update my blog. But since I live in a very rural area yang terkongkong ini, internet saya breakdown katanya. So, memang tak...la kan!

Mmmm.......

 Tata for now. Muah muah.
0

FIXI

Bukan bukan!

Bukan basikal tu!

Ni pasal buku - BUKU FIXI

Ada dua lagi novel yang baru dibeli awal bulan Mac ni, tapi belum dibaca. Cett! Kalau taulah progress selambat ni, akan ku postpone to purchase it earlier on. Jimat duit sikit. Dahlah dalam purse cuma ada RM 21.70 je. (Kan malu bagitahu mereka, ahh mungkin terbuka hati mereka untuk belanja makan setiap hari!)

Ni novel-novelnya. Estimated to finish reading : 31/March/2012. Good luck girrrl!!


Anyway, last month I read Kelabu, also from Fixi.  Jemmit, the novel is good!

Bye. Gotta grab the novels and continue reading!
0

The Body Shop Fever, The Sequel

Salam kepada semua pembaca yang tak seberapa itteww!!

Saya tanak mulakan dengan intro2 biasa macam - blog berhabuk la, deserted island la.. apa2lah! Tapi saya nak mulakan dengan...... Assalamualaikum eberibodehh!

Nak cerita ni! Hari ni  hari Sabtu. Kan saya tak kerja. Kan saya tak ada boyfriend. Kan bosan tu. So, saya pun cam beri idea kat Mama, "Jom kuar!". So we did. We went to Angsana coz we really, I mean really, *pause*, REALLY didn't know where to go. Pergi Angsana sebab yesterday my BFF cakap she wanted to buy key holder dekat Romantika. Tu je sebab kenapa we finally chose Angsana as our destination

As usual, as an avid consumer for The Body Shop makeup, we did go to their booth there. And the following are something that I managed to get despite the ketipisan duit di poket di hujung2 bulan ni:



Ada 20% off you!! Sebab tu beli banyak, sebab kena beli 3 barang, barulah entitled to get the discount. Here are what I bought:

1. The Body Shop Carbon Black Eye Definer 1g - first time purchase, belum ada testimoni
2. The Body Shop All In One Face Base #06 - second time purchase. Face powder yang ohsem, kurang berminyak di dahi.
3. The Body Shop Bronzing Powder Shade : Fair Matte #02 - tak boleh testimoni gak sebab first time try.
4. The Body Shop Papaya Shower Gel 250ml (buy one free one, dowh!)
Kenapa beli 4? Kan minimum 3? Tulah - the power of persuading...

Entahlah, hampir setiap kali beli barang The Body Shop ni, suka sangat promote kat sini. Sekadar untuk berkongsi kot.. Sharing kan - caring. Barang baik kot! Entahlah, cuma - BEST!!
My latest updates:
1. Been to Perak early March for my cousin's wedding. Got the chance to go to Night Safari.
2. This week, I found out that my wisdom tooth dah tumbuh! Barulah rasa dewasa, finally!!
Eh, I found this interesting fact over Wikipedia:
A wisdom tooth, in humans, is any of the usual four third molars. Wisdom teeth usually appear between the ages of 17 and 25.[1] Most adults have four wisdom teeth, but it is possible to have fewer (oligodontia), or more, in which case they are called supernumerary teeth. Wisdom teeth commonly affect other teeth as they develop, becoming impacted or "coming in sideways." They are often extracted when this occurs. About 35% of the population do not develop wisdom teeth at all.
Kenapa fact tu interesting? Sebab dia cakap the tooth will appear between the ages of 17 to 25. I'm currently twenty-plus-plus, baru tumbuh. Kelakar, hikhik!

Oh ya, I'm currently addicted to Youtube. Been watching a few vlogs, from Maria Elena, Fatin Apentah...., Maria Elena, and ummh... Maria Elena! So, under influence of that funny lady... I've made my own lame video. Tapi unfortunately, Youtube uploader sucks, so does Blogger uploader - takes forever to upload! Not to forget, my computer pun sucks jugak - selalu crash. So, tak dopek den nak share.

So, itu sajalah. Next time I jot lagi, y'all!
p/s: Mama sponsor my first ever Pashmina, wohoo!!



0

Lenkali, mulakan dengan niat yang suci

Macam blog ni, mulakan dengan niat yang suci iaitu meng-update, bukan memberi alasan munasarawak kenapa blog saya berhabuk.

Niat suci...


Muahaha, tajuk itu adalah kesimpulan daripada apa yang berlaku semalam. Ceritanya, nak ceritalah ni!


Semalam kan hari Ahad. Sinonimnya hari Ahad adalah hari orang buat kerja kahwin (kenapa kerja kahwin? sebut majlis perkahwinan berbelit2 lidah ke??) Memandangkan semalam adalah rutin bulanan saya untuk berbelanja seboleh2nya untuk sebulan (sinonimnya setelah dapat gaji), jadi bangun2 tidur je saya decide nak ke Tesco tengaharinya. Lepas tu, terus mentol idea menyala atas kepala belah kanan - jom makan free!!


Saya pun bertanya dengan Mama, ada jemputan kahwin tak, sebab memang ada dengar karaoke. Kalau karaoke tu kan sinonimnya majlis perkahwinan kan? Takkan majlis rumah terbuka Red Box pulak! Then Mama cakap, "Yang dekat2 tak ada jemput, yang jauh adalah. Kenapa? Nak pergi ke?" Soalan beliau dalam hati, "buang tebiat ke anak tunggal aku ni, nak pi majlis kahwin orang yang tak kenal?"


Seraya saya menjawab, "Sehala dengan tujuan asal,kan? Apa lagi, makan free lah, Mama! Kalau makan kat Tesco tu kan, mau tak mau RM20 terbang." Minum, mesti nak CoolBlog punya. Makan - toksah cerita, kan nak maintain gemuk!


Nampak tak niat kurang suci tu?


Tak nampak, takpe!


Lepas tu, berbekalkan baju kurung di badan, kami pun pergilah ke Kampung Kopok. (Kampung ni adalah dalam 5 minit perjalanan kereta Kancil saya).


Dengan muka kurang malu, kami pun masuk ke dewan itu. Dewan tu santek wooo! Mesti mahal sewanya. Nanti kalau nak buat majlis sanding sorang2 saya nak buat kat sinilah, mesti gempak! (Majlis sanding sorang2?)


Then, guess who's waiting at the entrance? Mak kepada kawan saya masa tadika!!


Nampak?


Tak nampak, takpe!


Kan niat tadi kurang suci, main terjah je majlis orang. Yelah walaupun dijemput, tapi, jiran sebelah rumah buat majlis, ada ke aku datang masalahnya! Jadi, dahlah niat kurang suci tu (ulang balik), last2 terjah majlis orang yang sepatutnya kami kenal. Toksah kata Mama, saya pun dia kenal! Dia cakap, "Atun, jemput masuk." Wah, nama, klasik!


Memang menjadi gelakan kami di sepanjang perjalanan kami ke Tesco, kerana niat kami yang kurang suci tu (macam Astro, ulang2)


Nota kaki:


1. Bukan free pun, tapi Mama yang huloq, so, for me it's FREE
2. Undangan majlis perkahwinan rumah dekat tu ada. Dia jemput mulut. Mungkin kami tiada di rumah masa dia datang. So, jangan cakap dia tak jemput pulak! Jiran tu, tak baik fitnah!
3. Kami shopping Tesco pakai baju kurung, klasik tak?
4. Kucing saya dah beranak. Anak dia 5 ekor. Ye, tak ada kena-mengena dengan tajuk diberi.


Kesimpulannya, sila baca semula tajuk entri ini.
0

Mari kenal kucheng saya

Ini entri melalut untuk mengubat rindu para penonton page ni (ye, saya tau!)

Tepat pada 1 December hari tu, saya telah mengambil keputusan drastik untuk sekali lagi mengambil seekor kucheng angkat setelah beberapa tahun casa sepi tanpa kucheng (intro tak boleh blah, APTB).

Saat perkenalan
Mama dan saya makan di Restoran Hijrah. Datang kucheng yang tak berapa nak beradap ni, terus meletakkan kedua tangannya (or kaki depan?) di atas peha saya. You know me, kucheng kan my favourite cat! So, I layan jerr, dengan penuh redha tanpa pasrah. Datang idea bernas seraya berkata "Ma, jom ambik kucing ni Ma!". Mama pelik sambil buat dunno! Bila balik, masih terkenangkan kebulatan mata kucheng tu, sungguh bulat! Sambil tekad, cuba memujuk Mama semula. Bersetuju, Mama bagi syarat - berak kencing aku bersihkan! Yahoo! Dalam kepala dah set - aku namakan dia Bulat!

Esoknya, bermodalkan orderan mihun goreng yang ntah, tak berapa nak sedap pulak, muka selamba meminta izin terus membawa pulang kucheng yang bakal kusayang. Mama pun sayang dia jugak!

Nama dia (i)
Kan tadi mula-mula nak namakan dia Bulat kan? Tapi nama tu soo kampung! Google nama kucing pulak, timbul macam-macam nama. Tapi, takde yang suits her (she's a she, anyway). Then, lastly we ended up naming her Sekuchi (or sekoci - salah satu peralatan menjahit di mesin jahit, ironi!)

Nama dia (ii)
Sekuchi a.k.a:
  1. Cuci
  2. Cuci baju
  3. Cecuchi
  4. Labuci
  5. Sesuci
  6. Kuch kuch ho ta hai
  7. Gucci
  8. Uci (Cik Dilla panggil dia Uci)
  9. Sekuciku
Sekuchi yang baik lagi comel
  1. Dia berak / kencing dekat toilet since her first day and never disappoint us since then, YET!
  2. Dia suka berak / kencing kat pasir dia. Kadang-kadang tepi jamban, but she's still with her best choice of place to peepoop - toilet!
  3. She never interrupt us while we are having our meals, like, NEVER! 
  4. She is well-behaved bila berada dalam kereta, but she loves to poop dalam sangkar tu (sebagai hadiah, katanya!)
  5. Mama said "makan duduk selempot" (this falls under "baik"? more to comel I guess)
  6. She never likes mattress. She attempted to peepoop at my mattress, but I managed to prevent it from happening. Then since then dia tak pernah suka kat tilam - meaning dia tak tidur di mana saya and Mama tidur - good right? not so actually :-(
Sekuchi yang pelik

Kerusi tu macam nilah lebih kurang!
  1. Dia suka sembunyi bawah kerusi ni. Though she's so petite, the chair fits her cutely! Kalau kena marah, situlah tempat dia mengadu! I marah2 sayang je.. nothing much to scold her for, anyway
  2. Tak pelik sangat untuk kucing yang berekor kontot - selalu membersihkan diri.
  3. You will not be able to hear she meows, she only purrs - cute!
  4. She meows bila gatal nak kawen je, though
  5. Mama said, she is weird because she eats a lot (compare to her petite size!)
  6. She watched Maharaja Lawak Mega on my laptop! Well, there's a story behind it. She purred at me, wanting to lepak2 on my chest while me baring watching MLM dekat lappie. Then she positioned herself with us "face-to-face". Then, maybe she felt uncomfortable, she turned the other way around (read : her butt at my face!!). meaning secara indirectly she was watching MLM as well. Yang peliknya, when I was not even moving an inch - she jumped off when MLM habis! Funny sangat!!! But unfortunately, Mama tak dapat tengok sebab dia dah tidur, coz it happened at around 3.00 am in the morning. 
Sekuchi yang miang
Masa mula2 dia datang, dia kurang sihat - flu. Lalu, saya pun membawa dia ke doktor for some injections (read : TWO injections, kesian Cuci!) Disebabkan Sekuchi tak berapa sihat, proses pemandulan terpaksa ditangguhkan.

Disebabkan saya berholiday di Gambang, saya terpaksa membawanya ke hotel Cik Dilla (Dilla calls herself Cik Dilla when with her cat - cute!). Spike pula kucing Cik Dilla. The name says it all - jantan, nyah! Cik Dilla messaged, mula2 Uci sombong dengan Spike. Then I replied "Uci dah declare dengan Sombong, kucing jiran saya, hehe, siap comolot lagikk"

Then, when it was time to pick her up, she acted funny (or rather silly) bila sampai rumah. Rupa2nya, gatal nak kawen! She was so gedik dan miang dan meremang, akhirnya saya mengalah seraya membenarkan dia keluar rumah. Setahu saya, ada tiga ekor jantan yang mereng kat dia, haha! Kiutlah katakan!

~~~

So, there she was. Mungkin tak lama lagi, bertambahlah umat kucing kat rumah saya! God blesses me, hehe!
Apa-apapun, dia "baik budi pekerti" dan dia paling comel.
Eh, mana gambar dia ea? Ah, nanti-nantilah I share!
Back to Top