0

Halimah dan blog

What can I say is, it just didn't click that much though, I mean - between Halimah and blog la~~ (duhh). Cenggini ceritanya...

Jeng

Jeng

Jeng

(wonder why mesti jeng tiga kali, can we repeat it even more, like, jengjengjengjengjeng?)

Bila Halimah membaca blog2 yang terkemuka, readers mereka berbudle-bundle, tetiba mentol kuning ala2 Digi menyala atas kepala. Konon2nya nak buat blog jugak, ecehh. Kononnya Halimah merasakan yang dia mempunyai bakat terpendam ala2 hidden talent gittew, to write better then them all. So, it lead to her creating one less-frequent-visited page in this thing called world wide web, ecehh. Dia biarkan masyarakat dunia membaca cerita2 peribadinya. Dia merasakan dengan cara itu dia dapat menguasai dunia, atau sekurang2nya menguasai pemikiran rakyat setempat. Walaupun isi2 kandungan blognya tak adalah berbentuk edukasi atau fiksi atau polisi, atau berisi, tapi itulah angan2 murni dia. Suci kan?

Ok, itu crappy namanya (pause dalam 10 saat gittew)

Sebenarnya saya masih di dalam mood membaca novel2 Fixi. Tu yang penulisan tu, wait! Penulisan? Kami typing now ok, no more tulis, hokey (sambil gedik ala2 queen latifah) Ok, rephrase! Tu yang penaipan ala2 once-upon-a-time tuh. Haha, tergelak besar I, walaupun tergelak di masa yang tak seswai. Kan tak ada lawak di situ (blank!).

Terkadang (ecehh), Halimah teringin membeli sebuah recorder. Bukan! Bukan alat music tu. Recorder tu macam alat yang ala2 walkman zaman batu dulu, tapi kita boleh rakam, or rekam? Ha, dia nak recorder. Sebab kadang2 idea nak update blog tu datang tak kira masa. Tapi frekuensi paling tinggi adalah ketika dia driving, either pergi atau balik kerja. But since she didn't have one, she ended up losing the idea somehow somewhere somehow some more, lepas tu terjadilah padang jarak di laman ini (who would have guessed kan?)

Please la (pusing mata)

Tapi, itu penting ke? Sungguh tidak (sedar pun!). Well, like I mentioned before so many times, this page is mine, is personal and is such a loner to its own world. So, who cares kan? Yang penting, hanya bila saya rasa saya ada something nak shout out to none other than my own self, I update. Otherwise, I biar je tempat ni sunyi.And, I like the concept of redundancy, so... who cares kan?

Tidak, tidak. Ini bukan suatu konsep demonstrasi. Saya tak kesah manusia sejagat menghiraukan page saya ni. Sebab, that is just to my advantage jugak. This is just a so-called suara hati Halimah kepada diri sendiri dalam bentuk penaipan. So, sekiranya saya kurang sumber bacaan suatu hari nanti, saya dapatlah baca isi hati saya yang suatu masa dulu. Kan ok tu. 

Perlu dinyatakan di sini, saya masih tidak perlukan trafik di sini, apatah lagi polis trafic. Kan munafik tu. Cuma, kadang2 perasaan bangang tu terkadang2 jugak tak pernah gagal untuk timbul di minda - nak jadi fofuler, nak jadi femes. Tapi, I'm pretty sure, if it happens (you wish!!), it will defeat the whole purpose. Sebab my page ni hanyalah, well, like I said numerous times before, is a place for me to jot my mind's out (hah, ayat pelik, but who cares)

Seronok menaip di blog ni. Kemudian hari boleh baca balik. Masa type, rasa bangga sebab dapat type dengan laju, walhal yang lajunya bila hit backspace saja (takpe) . The feeling, the experience tu yang seronok. Bukan the whole idea of updating. For me, kalau memang mood nak update tu dah mai, update je. Kotak idea kosong? Biarin. Tulis je. Selagi jari jemari masih mahu menari, pandai2lah segala jaringan neuron bekerjasama untuk menghasilkan sebuah entri. Ini bukan tempat yang pembacanya perlu membayar untuk membaca. Jadi, if we write craps, who.... cares.... kan?.....

(lagi2lah kalau pembacanya memang sorang saja - bukan statement demonstrasi)

Anyway, sekarang pun saya dah kurang sangat2 memblogwalking. When updating, least to say that the idea purely comes straight from my mind. No more ikut cerita semasa, trend semasa, dari semasa ke semasa ke.. Mostly spontaneous. Cuma, bila re-read tu, adalah edit2 sikit. Sebab kadang2(bukan! Selalunya) intonasi yang keluar bila re-read tu berbeza dengan intonasi ketika menaip. Jadi, perlulah membuat sedikit reconstruction supaya mesej yang disampaikan tidaklah misinterpreted detik ulangbaca suatu hari nanti.

Sayangkan, Halima tak cuma untuk menulis. Kalau cuba, mungkin I could be a successful novelist. Sebab I love to write (no, type!) crappy things. And, hobi saya ialah exaggerating, straying away from the main idea dan meluku tdi tepi gantang (motif?)

Seronok melihat jari-jemari menari, sambil halwa telinga didendangkan dengan pelbagai lagu2 dari artis2 negara penjajah kita iaitu dari British. Dari awal sampai la ni, memang tiada isi yang jelas, semuanya pembebelan yang nyata. Yang penting, seronoknya saya!

Oklah, cukup panjang dah percakapan saya di sini. Saya perlu memfokuskan diri saya semula ke tv yang masih ter-on lagi ni. Walau apa pun cerita yang keluar, tengok ajalah, jangan banyak songel!

0 comments:

Post a Comment

What say you?

Back to Top