2

Maybe this is it… Maybe??

Terasa lama pulak tak update blog ni. Kesian, macam biasa blog masuk angin. Nway, yet another boring intro.. Janji saya pada diri saya blog saya ialah untuk buat entri yang agak panjang lebar sikit kali ni. Isunya masih belum determine lagi, let’s go with the flow and see how it goes.

Kenapa frekuensi update saya teramat slow?

Hanya ada satu alasan saja – blogwalking, sekian terima kasih.
Chupp~~ belum habis lagi, terus membaca ye adik2~~

Isu pertama

Ok, saya mula dengan blogwalking yang saya cakap tadi. Saya mulakan dengan rasa perasaan penuh menyesal kerana saya memulakan blog ini tanpa melakukan kajian terperinci dan hanya mengikut perasaan kononnya nak jadikan blog ini wadah (chewwah) tempat saya luahkan perasaan, tempat saya letakkan segala pendapat saya dan apa2lah tujuan saya sebelum ini. Semua ini hanya kerana terpengaruh dengan satu blog yang ini; yang seperti biasa tidak ingin saya sharekan di sini apa url blog tersebut (refer to my first entry if you may).
Mula2 menyesal, kemudian malu segan silu dan perasaan yang sewaktu dengannya dengan perkembangan entri2 di sini. Sekarang blog saya ni berpaksikan teori yang lovey-dovey. Kelakar pulak bunyinya  walaupun semuanya adalah kisah sebenar – Tapi Halima (ya, itu nama saya; akhirnya!!!), anda tidak perlu kongsi semuanya di sini (take note on kongsi, will touch on that a little later). Tapi, ulang suara – tapi, apakah alasan saya tersebut? Mudah – kerana blog kepengaruhan saya (kepengaruhan??)

Macam nilah. Saya agak bengang (lantaran penyesalan tadi), kerana the kick-off of my blog tidak dimulakan dengan Bismillah. Uppss, rephrase ye à the kick-off of my blog tidak dimulakan dengan kajian terperinci (dah cakap tadikan?). Kenapa tidak saya berjalan2 di rumah orang lain dulu sebelum saya start process mendekorasi rumah ungu baru saya? Kenapa kenapa?? Ok, jangan emo (ingat ada isu share / kongsi sat lagi). Ok, benda dah jadi, jadilah. Nggak ada jalan balik’innya (sama dengan live goes on and on and on…) Dalam kepasrahan dan usaha yang kebiasaannya seperti melepaskan batuk di tangga – saya ingin seolah2 restart everything (kita sentuh pasal restart selepas yang satu ini – ala2 iklan di channel Indonesia)

Blogwalking = jalan2 di blog. Takpa Halima, orang yang mungkin singgah tapi tak masuk ini mesti tau dah apa itu blogwalking. Susah betul Halima nak cakap yang sekarang ini hobi dia dah tukar blogwalking dan blog yang difollownya adalah dua tiga belas. Antara entri yang ditunggu2 setiap pagi adalah entri dari joegrimjow, hanis zalikha, ajwin ajeera, schazwany and the latest, teh tarik gelas besar and apakesni. Apa yang menarik tentang blog2 ni? Best sangat bab derang cita pasal kehidupan derang just like what I would be doing if I were to be in their shoes (i.e. kaya lah teww!!) And I believe all of them are highly educated. Most of them guna bahasa kebangsaan kita (which I really proud of how they manage to put up sentences like that.  Kalau me, dah spekking ol da tyme, kepala hangguk nak cerita in Malay kan, Halima?)Melalui diorang nilah I tau perkembangan pilihanraya Galas, hebatnya cokelat Dove, macam mana rambut boleh rosak and betapa Utusan Malaysia adalah sokabar (just knew there was such a word, ngeee) yang paling laoya di Malaya and so much more.
Terhibur hati bila awal2 pagi datang kerja disediakan sarapan sebegitu and bila habis kerja dihiburkan dengan keceriaan kanak2 ribena. Best2!

Isu kedua

Sebelum isu kedua diperbahaskan / dibahaskan (maaf, Bahasa Melayu saya banyak sudah kelawodd), saya ingin berkongsi yang saya break selama 2 jam in the middle of discussing the first issue above. I mean, Nampak sangat penulisan bukan bidang saya. Upss, perasan tak kata kunci?

Perasan tak?

Ok, tak. Kategorinya adalah KONGSI. Isu ni rasanya tak payahlah panjang lebar diungkai, betul tak? Sebabnya….. Obviously traffic blog ni ala2 highway di gurun sahara. Tak paham? Macam ni – bayangkan anda di gurun sahara. Kemudian ingat balik pelajaran geografi anda di tingkatan dua dan tiga. Pasir2 di padang pasir ini tidak pernah kekal di satu2 tempat so maknanya kalau ada highway kat gurun sahara maknanya routingnya keeps on changing ikut perubahan anginlah kan? Pastu dengan cuaca panasnya itu, mungkin hanya sebijik dua kereta sesat lalu di highway itu dalam sehari. ___Nampak? Takpe, senang je. Maksud tersirat adalah, blog ini tiada pengunjung kecuali pengarangnya sahaja. Aduh sadis sungguh! Tapi… ada aku kesah?? I mean, I’ve tried, promoting this blog through Facebook. And sometimes siap buat status “lama tak update blog bla bla bla”, tapi disebabkan tiada guna guna-guna, maka usaha saya ala2 in vain gituhh.
Again.. I must say…. Ada aku kesah??  O-o muahaha~~
Habis

Isu ketiga

Pengarang perlu membaca keterangan dari isu pertama untuk cari hint untuk isi tempat kosong di sini. Sekejap …     ….
Lalala
Ok dah dapat – Restart. Ntah apa yang aku piker tadi pasal restarting aku pon kurang pasti kerana aku separa sedar setelah berehat sebentar bersama kit-kat tadihh. Senang cerita macam nilah. Entri ini adalah process restarting saya. Boleh gituh? Memang tak boleh blah

Nak ulang sebab suka – Ada aku kesah??

Isu keempat

Bahasa. Perasan tak lately ni saya banyak guna bahasa rojak, like entri in Malay mostly but terselit 8 perkatan English di dalam naskhah. Kenapa ek? Bukankah Halima selalunya menggunakan English sebagai bahasa perantaraan kalau nak cerita pasal soal hati? Tengok jelah blog dalam Friendster yang dah 18 bulan tidak dikunjungi itu (mungkin lebih lama dari itu, mungkin -_-‘)

Kenapa agaknya?

Saya tahu, cikgu!! (sambil angkat tangan beriya2 mahu menjawab). Sebab grammar Halima semakin haywire. Past tense and past perfect tense and tense2 yang wujud membuatkan Halima keliru dan tensi (read: tension). Kata sekarang mahasiswi, tapi entah kenapa semester ke lima ni, banyak comment negative dari tutor instead of positive in terms of grammar, kasian de’ luhh!!

Ok. Sebab kedua sebab blog2 yang saya walk-in walk-in tulah. Diorang ni pejuang bahasa (cool!). So, saya nak jadi cam diorang. Guna bahasa Melayu semaksima mungkin. Kalau nak buat entri English make sure it’s 85% English. No more fifty-fifty. Cukup!

Isu kelima

Mungkin lepas ni saya masuk contest Nuffnang or Digi or anything like that… amacam? Mana tau menang iPhone ke?

T_T Sungguh saya no comment.

******

Wah, nampaknya terlalu banyak monologue ya? Memanglah! Sebab blog saya ni saya sorang je yang baca!! Dah, Halima, pi sambung kerja Telemarketing awak tuhh!

Till next entry, yah?

2 comments:

Along Tapa said...

singgahan pertama...nice blog ko..tapi mintak tolong terangkan tulisan tu ek...cair sangat...sakit mata aku baca...

Gorengbaek - cerita pasal rokok...Meon kata

Hangit habis dah - Kawasan-kawasan aku mencarik idea...

Namie Xa'adea said...

thanks for the comment. Really really appreciate it.
Sorry for I'm still learning to walk in this blogging world. See, kau comment pon skang baru aku prasan
aku mmg poyo

Post a Comment

What say you?

Back to Top