Entah kenapa, hati ini berdetap detup (in negative way, sadly)...
Ok, tolong sangat, tolong sangat2 yang dia tak baca entri saya ni. I mean, walaupon previously I did mention about this blog of mine to him, but not as seriously as I supposed to mention, I supposed. So, memang I know dia memang tak akan baca blog ni. Dan I mintak sangat2 it stays that way until I decide I demand otherwise.
Disclaimer:
I buat entri ni bukan untuk memalukan dia (dia / him = orang yang paling saya sayang), tidak terlintas sama sekali.
I post entri ni gak bukan untuk memperhebohkan status hubungan kami (yang sedang bahagia ke / retak ke).. bukan jugak nk hebohkan 1 kampong....
Kerana...
Senang je, bab blog saya ni bukan nya sefofuler blog2 yg saya follow. Saya pasti tiada orang yg baca (ya.. mungkin 2-3 orang best friend saya, tu pon sy sgt pasti yg mereka baca entri ini setelah isu ini basi dan sy telah pun berbahagia, chewah)
Saya buat entri ini hanya untuk menyejukkan kan hati dan yg paling penting matlamatnya adalah seperti subject di atas.
Bismillah...
(dengan harapan dia tidak membaca blog ini kerana apabila dia baca, banyak explanation perlu dilakukan, nanti takut timbul masalah komunikasi pula)
Ok.. stop exaggerating~~
Hmm, kenapa di dalam suatu perhubungan tu mesti ada stage di mana susah sangat utk kita trust orang yg paling kita sayang? I mean, bukan kehendak kita utk berperasaan camtu. Kata mama, "tu bisikan syaitan tu, jangan diikutkan sangat"
Penatlah saya. Penat mengingati segala pengorbanan dan perkara2 yang dia lakukan yg saya appreciate dan grateful sgt. Atas sebab saya nak hilangkan perasaan ini.
Saya yakin dengan kasih sayang dia. Dia tidak perlu tahu tentang ini. Cuma macam I cakap tadi, I dah pilih untuk tidak semaikan prasangka buruk, tapi kenapa hati saya ini.. bising mengalahkan night club di waktu malam; keep making up stories yang bukan2!!
Ergh.. penat sgt saya ni. Dalah minggu ni nak kene submit assignment yg progressnya tu baru 0% tuh. Susahlah kalau perkara2 macam ni distract my focus.
Namun, di sebalik apa yang saya rasakan ini, saya amat arif tentang penyebabnya.. bukannya ada orang ke tiga ke.. ke 18 ke.. Bukan. semua ini kerana saya sudah mula fikirkan pengorbanan yang saya perlu lakukan setiap detik apabila saya bergelar seorang isteri nanti. Bayangkanlah sebagai seorang waris tunggal, agak payah bila mengetahui yang segala kepentingan diri akan di tolak ke tepi sama sekali. Tiada masa untuk diri sendiri. Dan, bersedialah untuk melakukan aktiviti2 yang tidak pernah dipraktikkan langsung (dengan penuh rasa ikhlas) tetapi di malam harinya, secebis ucapan terima kasih pun takde.
Mungkin sepatutnya saya tidak perlu membayangkan situasi akan menjadi seteruk itu. Inilah masalahnya. Saya selalu bayangkan, saya basuh baju dia, iron baju dia last2 dia cakap "baju ni ada baulah.. basuh balik lah" - Boleh terimakah aku jika ia benar2 berlaku? Tu yang saya selalu fikir. Saya ingin tegaskan di sini, SAYA ANAK TUNGGAL. Kalau ye pon saya anak yatim, urusan rumahtangga saya dan mama saya yang tanggung.. mama, she's a giver and not a receiver. So, macam mana pun saya berkorban (so-called la), mesti ada ruang yang saya akan ambil kesempatan atas diberi kesempatan oleh mama untuk ambil kesempatan. So, saya memang tak biasa dengan keadaan2 seperti apa yang saya gambarkan sebentar tadi.
Logically, perkara itu, tidak seburuk mana sebab kita buat dengan ikhlas. Tapi sukar untuk saya mendefinasikan keikhlasan jika hari2 kita dihadapkan dgn situasi yang lebih kurang sama. Bolehkah saya? mampukah saya?
Tulah sebabnya, saya banyak berdoa pada Allah supaya dilapangkan dada, diberikan ketenangan. Banyak fikir tentang ini membuatkan saya rimas. Dan saya amat risau kalau2 saya buat atau ckp yg bukan2 bila saya berada dalam keadaan ini.
Saya pernah mengukir janji (note: saya xpernah ckp dengan dia yg ini adalah janji, saya hanya cakap sahaja, tapi saya tahu saya buat janji dengan dia), saya akan membahagiakan dia, itu yang utama, walaupun ini akan merisikokan kebahagiaan saya sendiri. Tapi saya rasa saya perlu rephrase janji saya itu. Saya perlu bahagiakan diri saya dulu, baru boleh bahagiakan orang. dengan cara apa? berlapang dada, that is...
0 comments:
Post a Comment
What say you?