0

Drama dan Filem Seram? Trend yang "in" Masa Kini!

Ya. Sambung balik. Semangat betul saya mengupdate entri hari ni. Kesian pembaca2 setia saya gersang entri baru kan? Ups, tercarut ke? Gersang tu bukan kering ke? Tapi gersang sekarang dah ada new meaning kan, alamak! Kalau tak percaya tengok cerita Aku Masih Dara yang masih ditayangkan di pawagam berdekatan anda dan perdengarkan betul2 dialog Farid Kamil. Alamak, tak boleh blah kan bila ada orang cakap “ jom pi pawagam, nak tengok Aku Masih Dara” or “kat pawagam tadi kan I Nampak sipolan2 dan sipolan2 peluk2 tak hengat dunia” Takpe, kita ni kan di Malaysia, Negara yang claim bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu / Malaysia. Tapi semua penduduknya kan mengagung2kan Bahasa Inggeris. Saya pun “look silly when I speak in Malay what!!” Tak percaya, lihatlah facebook saya, statement yang sama saya persembahkan, ok?

(bunyi cengkerik kat belakang rumah)

 Jom kita check, berapa banyak filem seram di tayangkan sepanjang 2010. Saya ucapkan Selamat Tahun Baru David Teo!! Internet saya kan dial-up. Lembab tahap kura2 berlumba lari dengan siput babi yang takde kaki tuhh.

2 Alam (kesian Dr kena cemuh kao2), Damping Malam, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (kelakar tapi tetap kategori seram – hantu buat lawak), Janin, Ngangkung, Mantra, Niyang Rapik (oi, 8 je? Sikitnya!! Sumber : www.sinemamalaysia.com.my) Sikit tak sikit, jemu jelak wa cakap lu dengan filem kat Malaysia ni. Lapan filem seram tahun 2010 bermakna 8 bulan penuh dengan cerita hantu, Cuma 4 bulan kami free from the ghosts. Wah, kena baca banyak Quran lagi ni supaya lebih banyak bulan dijauhkan dari hantu kan?

Fenomena filem hantu ni macam cendawan tumbuh depan Finas gituh, iaitu bila Malaysia (di bawah naungan Rais Yatim) membenarkan filem2 khurafat ni ditayangkan secara umum. Digemparkan lagi selepas kejayaan juta2 oleh filem Jangan Pandang Belakang, so semua penerbit sibuk terbitkan cerita2 seram. Pastu cari pengarah2 terkenal untuk mengarah. Pastu ceritanya hantunya suka main cak2ba gituh. Cak! Baaaa. Alih alih muncul depan skrin. Nasib baik tak keluar skrin. Takut mak!

Sekarang ni, mungkin dah tayang pun (agaknya~~), cerita Khurafat pulak. Arahan anak Yusof Haslam, maaf. Dato’ Yusuf Haslam. Pengarah yang dulunya main drift2 bagai, sekarang pun dah joinT party. Agaknya, perancang kewangan dia cakap, filem seram ni jual kao2, kalau tak arah rugi woo. Tak caya Tanya David Teo. Or Dato’ David Teo???
Pergh, berbekalkan ayat2 Quran, juta2lah dalam poket tu!!

Ha, tu yang bengang pasal cerita2 seram ni. Yelah, mentang2 genre seram dah halal bersyarat, hamek semua gazette2 semua ada bacaan ayat2 Quran. Bayangkan, David Teo yang belum dapat hidayah tu pun, filem dia ada bacaan puh kanan puh kiri. Ni namanya, cara menghalalkan matlamat ni! Cerita seram haram, tapi kalau ada ayat2 halallah jadinya. Pekejadah!! Kalau secara naifnya, moral of the story seram2 ni ialah baca Quran setiap masa, insya-Allah hantu2 (katanya syaitan) tu tak akan dekat. Hantu2 tu akan menjerit dan kebaboom, hancur!! Senangnya! Kalaulah syaitan senang dihalau dan dihapuskan macam tu, kacang hazelnut la hidup ni. Tapi, kenapa ek, ada pulak ada ajaran2 sesat ek? Pakai jugak ayat2 recycle tu, tapi sesat katanya. Kenapa ek? Ayat jugak pe? Syaitan takut jugaklah kot!

Tulah, life isn’t as simple as that. Life is tough. Syaitan sentiasa ada menghasut kita. Bukankah Nabi (s.a.w.) cakap, syaitan tu berjalan or mengalir dalam salur darah kita. So, memang susahlah kita nak buang syaitan senang2 dalam laut. Memang ada caranya - sentiasa ingat Allah dan melaksanakan suruhan-Nya (tanpa, ulang, tanpa mengharapkan apa2 balasan ie. Ikhlas). Tapi bukan sesenang panggil tok bomoh puh kanan puh kiri pastu action silat bagai, pastu lawan2 bola api ngan syaitan tu, mulut terkumat kamit baca ayat secara echo, pastu mesti syaitan tu kalah, tok bomoh tu menang. I mean, skema gilerr

Tolonglah, takkan semua cerita nak skema macam tu. Takkan semua syaitan kacau orang beragama Islam je. Habis, kalau dia kacau orang bukan Islam dalam cerita Melayu, agak2nya macam mana? Dia panggil tok bomoh Cina, tapi nanti khurafat pulak kan? Kalau filem arahan Yasmin Ahmad filem satu Malaysia, agak2nya macam mana nak satu-Malaysia-kan filem seram Melayu ek???

Dalah!

Fikir2kan dan selamat beramal!

Disclaimer : Saya tak pernah tengok filem Aku Masih Dara di pawagam atau pirated VCD. Saya Cuma tahu dialog “gersang” tu daripada satu entri di blog yang saya follow, tu jek (tak kose dengan filem arahan Ahmad Idham tu, Bro Ahmad Idham, wa hilang respect kat lu! Lu kejar commercial value dan lupa perjuangan lu dalam dunia seni ni. Lu memang mangkuk dan merosakkan lagi imej filem Melayu. Sebab lu, wa rasa ramai lagi akan boikot filem Melayu lepas ni!! Padan muka korang orang pelem)

0 comments:

Post a Comment

What say you?

Back to Top