upps.. lama tak mengupdate blog kesayangan saya ni.
Adoi.. kengkadang bosan gak bila browse history entry2 kat sini... balik2 intro dia sama je “dah lama xupdate”, cuma lenggok bahasa mungkin berlainan cara. hmm -_-'
semalam saya dan kekasih saya (wah? bahasa!!).. ok, scratch that! start semula~~
semalam masa boyfriend saya ambil saya - situasi perbualan di dalam kereta:
Dia: Yang, loan rumah I dah approve *dengan muka selamba*
Saya: Ye ke? *muka biasa2 – ala, muka balik keje~~*
Dia: Jom kita pi tengok?? *muka masih tiada reaksi yang menarik untuk digambarkan*
Saya: hmm.. ok gak, bestnya *cakap je best, tapi reaksi masih sama seperti tadi tuh*
(sound effect: bunyi cengkerik)
//perbualan seterusnya tidak perlu disiarkan di sini ya, tuan puan//
Pokoknya gini, selang beberapa minit, barulah excitement datang, I mean – saya baru teruja; excited! Hmm.. untuk berita2 sebegitu, pelik jugak bila respon saya agak 20km/j seperti itu -_-
Setelah meronda2.. jap! Situasi meronda-ronda seperti ini jarang berlaku kerana setahu saya dan untuk pengetahuan anda, boyfriend saya ni seperti GPS saya, suma jalan kat Johor ni dia tau. Be it jalan short ke, jalan long ke, semua dia tahu..
Ulang suara~~
Setelah meronda2 mencari alamat yang diberi, boyfriend saya decide to call agent rumah tu. Setelah diberi panduan dan.. -_-' setelah diberi panduan, kami pun ke tempat yang bakal kami tinggali / duduki / diami (uwekkksss.. suma perkataan tu tidak menggambarkan perbuatan sebenar, kan??)
Reaksi? Mestilah gembira… bangga… seronok… bahagia…
Yang menambah Pak-Ji-Nek-Moto kepada kadar kegembiraan saya ialah (jeng jeng jeng) alamatnya!!
As follows:
No. X, Jalan A*****a X,
Taman Rinting, 81750 Masai, Johor
Maaf ya tuan2, puan2. Nggak bisa disclose lebih2, takut Court Mammoth kejar (sound effect: bunyi siulan)
Apa bestnya alamat tersebut??
Alasan 1: X = X (basuh sikit ilmu hisab anda ya) Maksudnya, No. rumah sama dengan No. jalannya, bestkan? Akan jadi nombor kegemaran saya selepas ini!!
Alasan 2: A****** tu perkataannya memang boleh blah (opposite kepada tak boleh blah la). Maksudnya, takde lah nama jalannya pelik2 seperti ada satu nama kat Tmn Dahlia – Jalan Semerbak. Nama tu xburuk, tapi for me, tak best.
Alasan 3: Tiada lagi point for liking the alamat. Cuma secara dasarnya (basically) suka sangat dengan tempatnya – dekat ngan kedai, dekat ngan sekolah (untuk bakal anak2 ----- amiin~~), dan rumahnya ada pagar!! Yeay!!
(...rumah ada pagar pun jakun @_@...)
Dah abis baca? Sat sat!! xperasan ke, boyfriend saya apply loan dulu, sebelum melihat keadaan sebenar rumah tersebut… perasan tak??
Tidak? -____- Ok, never mind (sound effect: bunyi cengkerik)
0 comments:
Post a Comment
What say you?