0

FIXI

Bukan bukan!

Bukan basikal tu!

Ni pasal buku - BUKU FIXI

Ada dua lagi novel yang baru dibeli awal bulan Mac ni, tapi belum dibaca. Cett! Kalau taulah progress selambat ni, akan ku postpone to purchase it earlier on. Jimat duit sikit. Dahlah dalam purse cuma ada RM 21.70 je. (Kan malu bagitahu mereka, ahh mungkin terbuka hati mereka untuk belanja makan setiap hari!)

Ni novel-novelnya. Estimated to finish reading : 31/March/2012. Good luck girrrl!!


Anyway, last month I read Kelabu, also from Fixi.  Jemmit, the novel is good!

Bye. Gotta grab the novels and continue reading!
0

The Body Shop Fever, The Sequel

Salam kepada semua pembaca yang tak seberapa itteww!!

Saya tanak mulakan dengan intro2 biasa macam - blog berhabuk la, deserted island la.. apa2lah! Tapi saya nak mulakan dengan...... Assalamualaikum eberibodehh!

Nak cerita ni! Hari ni  hari Sabtu. Kan saya tak kerja. Kan saya tak ada boyfriend. Kan bosan tu. So, saya pun cam beri idea kat Mama, "Jom kuar!". So we did. We went to Angsana coz we really, I mean really, *pause*, REALLY didn't know where to go. Pergi Angsana sebab yesterday my BFF cakap she wanted to buy key holder dekat Romantika. Tu je sebab kenapa we finally chose Angsana as our destination

As usual, as an avid consumer for The Body Shop makeup, we did go to their booth there. And the following are something that I managed to get despite the ketipisan duit di poket di hujung2 bulan ni:



Ada 20% off you!! Sebab tu beli banyak, sebab kena beli 3 barang, barulah entitled to get the discount. Here are what I bought:

1. The Body Shop Carbon Black Eye Definer 1g - first time purchase, belum ada testimoni
2. The Body Shop All In One Face Base #06 - second time purchase. Face powder yang ohsem, kurang berminyak di dahi.
3. The Body Shop Bronzing Powder Shade : Fair Matte #02 - tak boleh testimoni gak sebab first time try.
4. The Body Shop Papaya Shower Gel 250ml (buy one free one, dowh!)
Kenapa beli 4? Kan minimum 3? Tulah - the power of persuading...

Entahlah, hampir setiap kali beli barang The Body Shop ni, suka sangat promote kat sini. Sekadar untuk berkongsi kot.. Sharing kan - caring. Barang baik kot! Entahlah, cuma - BEST!!
My latest updates:
1. Been to Perak early March for my cousin's wedding. Got the chance to go to Night Safari.
2. This week, I found out that my wisdom tooth dah tumbuh! Barulah rasa dewasa, finally!!
Eh, I found this interesting fact over Wikipedia:
A wisdom tooth, in humans, is any of the usual four third molars. Wisdom teeth usually appear between the ages of 17 and 25.[1] Most adults have four wisdom teeth, but it is possible to have fewer (oligodontia), or more, in which case they are called supernumerary teeth. Wisdom teeth commonly affect other teeth as they develop, becoming impacted or "coming in sideways." They are often extracted when this occurs. About 35% of the population do not develop wisdom teeth at all.
Kenapa fact tu interesting? Sebab dia cakap the tooth will appear between the ages of 17 to 25. I'm currently twenty-plus-plus, baru tumbuh. Kelakar, hikhik!

Oh ya, I'm currently addicted to Youtube. Been watching a few vlogs, from Maria Elena, Fatin Apentah...., Maria Elena, and ummh... Maria Elena! So, under influence of that funny lady... I've made my own lame video. Tapi unfortunately, Youtube uploader sucks, so does Blogger uploader - takes forever to upload! Not to forget, my computer pun sucks jugak - selalu crash. So, tak dopek den nak share.

So, itu sajalah. Next time I jot lagi, y'all!
p/s: Mama sponsor my first ever Pashmina, wohoo!!



0

Lenkali, mulakan dengan niat yang suci

Macam blog ni, mulakan dengan niat yang suci iaitu meng-update, bukan memberi alasan munasarawak kenapa blog saya berhabuk.

Niat suci...


Muahaha, tajuk itu adalah kesimpulan daripada apa yang berlaku semalam. Ceritanya, nak ceritalah ni!


Semalam kan hari Ahad. Sinonimnya hari Ahad adalah hari orang buat kerja kahwin (kenapa kerja kahwin? sebut majlis perkahwinan berbelit2 lidah ke??) Memandangkan semalam adalah rutin bulanan saya untuk berbelanja seboleh2nya untuk sebulan (sinonimnya setelah dapat gaji), jadi bangun2 tidur je saya decide nak ke Tesco tengaharinya. Lepas tu, terus mentol idea menyala atas kepala belah kanan - jom makan free!!


Saya pun bertanya dengan Mama, ada jemputan kahwin tak, sebab memang ada dengar karaoke. Kalau karaoke tu kan sinonimnya majlis perkahwinan kan? Takkan majlis rumah terbuka Red Box pulak! Then Mama cakap, "Yang dekat2 tak ada jemput, yang jauh adalah. Kenapa? Nak pergi ke?" Soalan beliau dalam hati, "buang tebiat ke anak tunggal aku ni, nak pi majlis kahwin orang yang tak kenal?"


Seraya saya menjawab, "Sehala dengan tujuan asal,kan? Apa lagi, makan free lah, Mama! Kalau makan kat Tesco tu kan, mau tak mau RM20 terbang." Minum, mesti nak CoolBlog punya. Makan - toksah cerita, kan nak maintain gemuk!


Nampak tak niat kurang suci tu?


Tak nampak, takpe!


Lepas tu, berbekalkan baju kurung di badan, kami pun pergilah ke Kampung Kopok. (Kampung ni adalah dalam 5 minit perjalanan kereta Kancil saya).


Dengan muka kurang malu, kami pun masuk ke dewan itu. Dewan tu santek wooo! Mesti mahal sewanya. Nanti kalau nak buat majlis sanding sorang2 saya nak buat kat sinilah, mesti gempak! (Majlis sanding sorang2?)


Then, guess who's waiting at the entrance? Mak kepada kawan saya masa tadika!!


Nampak?


Tak nampak, takpe!


Kan niat tadi kurang suci, main terjah je majlis orang. Yelah walaupun dijemput, tapi, jiran sebelah rumah buat majlis, ada ke aku datang masalahnya! Jadi, dahlah niat kurang suci tu (ulang balik), last2 terjah majlis orang yang sepatutnya kami kenal. Toksah kata Mama, saya pun dia kenal! Dia cakap, "Atun, jemput masuk." Wah, nama, klasik!


Memang menjadi gelakan kami di sepanjang perjalanan kami ke Tesco, kerana niat kami yang kurang suci tu (macam Astro, ulang2)


Nota kaki:


1. Bukan free pun, tapi Mama yang huloq, so, for me it's FREE
2. Undangan majlis perkahwinan rumah dekat tu ada. Dia jemput mulut. Mungkin kami tiada di rumah masa dia datang. So, jangan cakap dia tak jemput pulak! Jiran tu, tak baik fitnah!
3. Kami shopping Tesco pakai baju kurung, klasik tak?
4. Kucing saya dah beranak. Anak dia 5 ekor. Ye, tak ada kena-mengena dengan tajuk diberi.


Kesimpulannya, sila baca semula tajuk entri ini.
Back to Top