Showing posts with label Aku tak puas hati. Show all posts
Showing posts with label Aku tak puas hati. Show all posts
0

Hari Kekasih

Wah wah, tajuk!!



FYI, I don't think I'll be celebrating with the person who says he loves me still. Because, he's not the romantic type of person (at all!)

Nuff said

Hari Kekasih - Ada yang menyangkal bahawa 14hb Febuari adalah Hari Kekasih. Cukuplah ianya hanya Hari Valentine, bukan Hari Kekasih!

Namun!!!

Pedulik apa cerita pasal Valentine adalah seorang mamat yang tolong jatuhkan Islam suatu masa dulu. Seseorang yang rajin tapi gemuk telah membuat kajian mengenai kesahihan fakta yang berulang kali disebarkan menjelangnya 14hb Febuari saban tahun. Jadi, terpulang sama ada cerita Pak Valentine tu betul atau tidak, yang penting sambutan Hari Kekasih ini mestilah disertakan dengan niat yang baik. Orang BN kan cakap "matlamat menghalalkan cara". 

Boleh tak by default kita anggap jerrr cerita Pak Valentine tu cerita dongeng kanak2 je (at least buat seketika).


Ada orang cakap, buat apa nak raikan Hari Kekasih pada 14hb Febuari je, raikan hari-hari! Kalau dah hari-hari bagi coklat dengan bunga - macam harroomm je kan!! So meh sini aku beta - Sesiapa yang cakap macam tu, boleh tak jangan terhegeh2 nak celebrate hari Ibu or hari Bapa or Hari Merdeka or Hari Ulangtahun or Hari Jadi Lahir boleh tak? Sebab kau sure celebrate hari2 itu setiap hari, kan? Kau tiup lilin kat kek tu hari2, kau bagi hadiah kat parents kau hari2, kau buat countdown hari2... Dah semua nak hari2 kan~~

Owh, tiup lilin masa hari Jadi Lahir harromm. Maaf ye!


Kenapa saya emo ni? Sebab walaupun saya tak pernah religiously celebrated 14th February, tapi hari tersebutlah hari yang mendamaikan. Semua tempat penuh love love. Bila love love mesti colour2 pink, merah, light purple... kan kiut! So, I would definitely be so lovey dovey when it comes to 14th February. So why so serious nak hapuskan perasaan happy lovey dovey tu? And I love my mom, ok! She deserves to be specially appreciated on another extra day which is Valentine's Day.

So to those yang cakap celebrating Valentine's day tu haram, korang beli kereta and rumah cash dululah, jangan support riba' beb.

Sesapa yang cakap celebrate kekasih does not require one specific day - hell!! Pi lah celebrate hari2. Tak payah join those people beli coklat and bunga at extra cost on 14th February, okay!!

On a lighter note, Happy Valentine's Day!
0

saman owh saman (seriously??!!)

Actually, subject does not really connect to the content of this entry except maybe, just a little. Sorry about that, but just take this as a disclaimer, will ya? Dan as early reminder - entri ini memerlukan daya imaginasi maksimum, ya kawan2?


Anyway, things to ponder : 
If let's say you drive along the highway, then you terserempak dengan kereta polis JPJ. Then due to certain circumstances, you feel like overtaking the police. After you did it, you maintain at allowable speed, literally in front of the police car. Then suddenly (maaaaybe due to certain circumstances again) that fool decides to overtake you pulak. Then you just realized something - the two fool persons inside the car; the driver and the passenger (who is policemen may I remind) are not fastening their seat belts!! Ok, as a layman, I think logically kita akan rasa geram sangat2 because those people who actually have the authority to fine people like us don't bother to follow the rules either, while they are the one who supposedly be the role models for us, right? Ok, now if let's say (I mean literally LET"S SAY) ada polis di sebalik pokok (means speed trap), then these little fools pass by, do you think this polis-jaga-laju-punya-orang will issue saman to those fools? Those fools are breaking the rules, man! Speeding? Not fastening seat belts? Come on! Think deep, people!


(-_-")

Based on this little story which was based on true story; my story; tergerak hati pulak nak update blog hari ni malam ni. Ok, imagine that you have the power because you are among those people who wear smart uniform to work (like policeman ke, imegresen ke... c'mon! pegawai kesihatan is never in the picture ok!!). And you have power (I mentioned already). You have the authority to keep us abide to the law....


Dah imagine??


Never mind! Consider you are following me on this. You masuk bidang ni inially with a big heart. You intend to help the community. Banteras jenayah and rasuah and everything in between. I believe when you sing your stupid song in the morning before you start your work, mesti ada ayat2 "kami jauh rasuah (cuma rasuah cuba manja2 dengan kami)". Then, you bekerja dengan penuh dedikasi. Murninya kerja ini, bisik hati you. Then suddenly, your great2 mother-in-law punya brother punya cucu punya sepupu punya maid mintak tolong you kautim dia punya saman. 

"C'mon, bro! We're family. Family must help each other!"
"Owh, really. Ok, maybe I can help you this time. What families are for, right?"

Then, that sedara punya kawan pun usha you kautim. Oklah, tolong lagi. 


Years in years out, you realized that despite helping for free, why not charge it already! Alah RM50 per transaction, wouldn't hurt aight? Then suddenly, tengah you syok2 kautim dengan awek you punya kekasih gelap untuk urusan smuggle barang to Malaysia, come this Samseng or Ketua Geng Hantu Malaya mintak jasa baik you. Dia cakap, dia akan bagi you 25% daripada nilai barang if you can help them bawa masuk selipar jepun dari Jepun ke Malaysia without kena import duty and tax. 

"wow! Ini peluang baik! Soon, my dream of bringing my awek pi Gold Coast Australia akan jadi reality!"

Then you buat. Then years in years out, you naik pangkat jadi officer / pegawai perut boyot. Oh, time tu, you buat kerja jenayah ni bukan cikai2 beb. Orang lain jual tanah kau kaut juta juta. Orang lain bukak business, kau free je dapat C Class. Bini kau makin gemuk, mistress kau makin takde daging kat badan!

Gambar cilokan Mr. Google


Tamat!


---


---


---


Cukup2lah imiginasi tu! Kang ada yang terasa! Bukan semua yang bekerja seperti di atas tu perangai hampeh macam tu!


  1. Cerita ini rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara hidup dan mati. Tiada yang mati dalam cerita di atas.
  2.  Imaginasi ini berat sebelah kerana penulis adalah wanita dan nampak gayanya, watak utama dalam cerita ini adalah lelaki. Ni jatuh hukum bias nihh!!
  3.  General knowledge : sebagai antara pengeluar utama getah, adalah logik kiranya setiap barang siap (finished goods) yang ber"raw material"kan getah ,akan dikenakan tax dan duti apabila diimport masuk ke Malaysia. (read: penulis bekerja di sebuah syarikat shipping / forwarding. So no wonder she seems so smart on this matter)
Maaf atas iklan berupa bullet form di atas. 
Moral of the story - walau murni dan sucinya niat kita, bila kena dengan tempat, masa dan keadaan, benda yang kurang baik pun nampak murni dan suci.

Note: Kalau nak tahu, syarikat forwarding, shipping, shipping line ke - syarikat2 ini sangat2 competitive. Dan rasuah sangat penting as key of survival.
Sekian celotehan saya. Ada masa saya celoteh lagi

0

Drama dan Filem Seram? Trend yang "in" Masa Kini!

Ya. Sambung balik. Semangat betul saya mengupdate entri hari ni. Kesian pembaca2 setia saya gersang entri baru kan? Ups, tercarut ke? Gersang tu bukan kering ke? Tapi gersang sekarang dah ada new meaning kan, alamak! Kalau tak percaya tengok cerita Aku Masih Dara yang masih ditayangkan di pawagam berdekatan anda dan perdengarkan betul2 dialog Farid Kamil. Alamak, tak boleh blah kan bila ada orang cakap “ jom pi pawagam, nak tengok Aku Masih Dara” or “kat pawagam tadi kan I Nampak sipolan2 dan sipolan2 peluk2 tak hengat dunia” Takpe, kita ni kan di Malaysia, Negara yang claim bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu / Malaysia. Tapi semua penduduknya kan mengagung2kan Bahasa Inggeris. Saya pun “look silly when I speak in Malay what!!” Tak percaya, lihatlah facebook saya, statement yang sama saya persembahkan, ok?

(bunyi cengkerik kat belakang rumah)

 Jom kita check, berapa banyak filem seram di tayangkan sepanjang 2010. Saya ucapkan Selamat Tahun Baru David Teo!! Internet saya kan dial-up. Lembab tahap kura2 berlumba lari dengan siput babi yang takde kaki tuhh.

2 Alam (kesian Dr kena cemuh kao2), Damping Malam, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (kelakar tapi tetap kategori seram – hantu buat lawak), Janin, Ngangkung, Mantra, Niyang Rapik (oi, 8 je? Sikitnya!! Sumber : www.sinemamalaysia.com.my) Sikit tak sikit, jemu jelak wa cakap lu dengan filem kat Malaysia ni. Lapan filem seram tahun 2010 bermakna 8 bulan penuh dengan cerita hantu, Cuma 4 bulan kami free from the ghosts. Wah, kena baca banyak Quran lagi ni supaya lebih banyak bulan dijauhkan dari hantu kan?

Fenomena filem hantu ni macam cendawan tumbuh depan Finas gituh, iaitu bila Malaysia (di bawah naungan Rais Yatim) membenarkan filem2 khurafat ni ditayangkan secara umum. Digemparkan lagi selepas kejayaan juta2 oleh filem Jangan Pandang Belakang, so semua penerbit sibuk terbitkan cerita2 seram. Pastu cari pengarah2 terkenal untuk mengarah. Pastu ceritanya hantunya suka main cak2ba gituh. Cak! Baaaa. Alih alih muncul depan skrin. Nasib baik tak keluar skrin. Takut mak!

Sekarang ni, mungkin dah tayang pun (agaknya~~), cerita Khurafat pulak. Arahan anak Yusof Haslam, maaf. Dato’ Yusuf Haslam. Pengarah yang dulunya main drift2 bagai, sekarang pun dah joinT party. Agaknya, perancang kewangan dia cakap, filem seram ni jual kao2, kalau tak arah rugi woo. Tak caya Tanya David Teo. Or Dato’ David Teo???
Pergh, berbekalkan ayat2 Quran, juta2lah dalam poket tu!!

Ha, tu yang bengang pasal cerita2 seram ni. Yelah, mentang2 genre seram dah halal bersyarat, hamek semua gazette2 semua ada bacaan ayat2 Quran. Bayangkan, David Teo yang belum dapat hidayah tu pun, filem dia ada bacaan puh kanan puh kiri. Ni namanya, cara menghalalkan matlamat ni! Cerita seram haram, tapi kalau ada ayat2 halallah jadinya. Pekejadah!! Kalau secara naifnya, moral of the story seram2 ni ialah baca Quran setiap masa, insya-Allah hantu2 (katanya syaitan) tu tak akan dekat. Hantu2 tu akan menjerit dan kebaboom, hancur!! Senangnya! Kalaulah syaitan senang dihalau dan dihapuskan macam tu, kacang hazelnut la hidup ni. Tapi, kenapa ek, ada pulak ada ajaran2 sesat ek? Pakai jugak ayat2 recycle tu, tapi sesat katanya. Kenapa ek? Ayat jugak pe? Syaitan takut jugaklah kot!

Tulah, life isn’t as simple as that. Life is tough. Syaitan sentiasa ada menghasut kita. Bukankah Nabi (s.a.w.) cakap, syaitan tu berjalan or mengalir dalam salur darah kita. So, memang susahlah kita nak buang syaitan senang2 dalam laut. Memang ada caranya - sentiasa ingat Allah dan melaksanakan suruhan-Nya (tanpa, ulang, tanpa mengharapkan apa2 balasan ie. Ikhlas). Tapi bukan sesenang panggil tok bomoh puh kanan puh kiri pastu action silat bagai, pastu lawan2 bola api ngan syaitan tu, mulut terkumat kamit baca ayat secara echo, pastu mesti syaitan tu kalah, tok bomoh tu menang. I mean, skema gilerr

Tolonglah, takkan semua cerita nak skema macam tu. Takkan semua syaitan kacau orang beragama Islam je. Habis, kalau dia kacau orang bukan Islam dalam cerita Melayu, agak2nya macam mana? Dia panggil tok bomoh Cina, tapi nanti khurafat pulak kan? Kalau filem arahan Yasmin Ahmad filem satu Malaysia, agak2nya macam mana nak satu-Malaysia-kan filem seram Melayu ek???

Dalah!

Fikir2kan dan selamat beramal!

Disclaimer : Saya tak pernah tengok filem Aku Masih Dara di pawagam atau pirated VCD. Saya Cuma tahu dialog “gersang” tu daripada satu entri di blog yang saya follow, tu jek (tak kose dengan filem arahan Ahmad Idham tu, Bro Ahmad Idham, wa hilang respect kat lu! Lu kejar commercial value dan lupa perjuangan lu dalam dunia seni ni. Lu memang mangkuk dan merosakkan lagi imej filem Melayu. Sebab lu, wa rasa ramai lagi akan boikot filem Melayu lepas ni!! Padan muka korang orang pelem)
0

Dunia Hiburan Malaysia Yang Lame - AJL25

Ya. Halima bersyukur tinggal di Malaysia. Baru je check out kedhaifan rakyat Haiti yang sangat2 menyayat hati. Syukur di Malaysia kita tidak perlu mengemis untuk mengisi perut. Walaupun diakui harga barang2 keperluan naik saban bulan (atau tahun, atau dekad), kita perlu bersyukur, sekurang2nya kadar inflasi dan kadar pengangguran kita tidak setinggi di Zimbabwe. Kita kena bersyukur, walau bagaimanapun kita terasa dipermainkan oleh badut2 politik di Negara ini, askar2 kita hanya berlatih main pistol2, tidak seperti di Korea di mana mereka sekarang berlatih bermain pistol2 di dalam ais kerana mereka perlu bersiap siaga berlawan antara sesame sendiri, Utara dan Selatan. Kita perlu bersyukur walaupun se’lame’nya hiburan di Negara ini, kita masih boleh memilih apa2 hiburan yang kita sendiri ingini secara alternative kat internet. Kalau suka hiburan porn, internet kan ada. Lek bro, TM baru cakap nak ban website2 tu. Rais Yatim proposed supaya caj dikenakan untuk melayari website2 tu, tapi kan belum lagi, jadi korang kena “bersyukur” lah kan? Kan? 

Saya tengah tengok AJL 25 sekarang ni. Best sangat ke? Gelanggang AJL dimulakan dengan Yuna – Cinta Sempurna. Hmm, bukan nak komen apa2 pasal calon2 Juara Lagu tahun 2010 ni. Lantaklah siapa pun tercalon sebab sungguh Halima bukanlah penonton setia Muzik-Muzik setiap minggu. So, I got no comment of how they have selected the nominees.

Namun, saya ada secebis masalah dengan marketing mereka. Tengok tak iklan pencalonan2 mereka? Tak Nampak masalah? Mungkin tak Nampak sebab iklannya agak “urban” I must say. Muka artis2 jalan macam orang cacat lepas tu nama diorang keluar dengan tajuk lagu diorang kan? Yelah yelah! Iklan tu pun dah officially expired kan, tak payah nak cerita ceritut k! Tapi serious ke tak perasan lagi? Alahai simple lah, tak kan tak Nampak? Oklah I cerita ea? Apa kata korang google sket cari apa mission sebenar Juara Lagu diadakan. Ok, I admit statement yang bakal dikatakan di sini memang bias gaban sebab I tak google pun coz I disconnected my internet connection. Ok, bermula kebiasan sekarang juga -  Dulu, diorang cakap Juara Lagu ini untuk menobatkan composer dan penulis lirik lagu2 yang tercalon. Malah Muzik2 juga mempunyai mission yang sama. Tapi balik semula pada iklan yang expired tadi tuh. Korang ada idea tak siapa pencipta2 lagu tu? Korang diperhidangkan dengan nama2 artis yang obviously korang dah kenal kan, tapi kenapa orang2 yang membanting tulang di belakang produk lagu2 itu tidak dipromosikan? Isn’t it against the whole idea of having the Anugerah Juara Lagu? Even in 2000, 2001 dan sewaktu dengannya,  waktu irama Malaysia dihatiku gituh, memang Juara Lagu amat2 menekankan perjuangan menobatkan pencipta2 lagu instead of the singer of the song. Tapi bila lagu diperkenalkan masa nak dipersembahkan – “terimalah lagu Pom Pom Pom yang diciptakan oleh Lulu and the Gang dan penulis liriknya Lulu dan Lili, terimalah Pom Pom Pom Siti NurNotti!!!!!” Audience pun tepuk amai2 belalang kupu2. Diorang tak tepuk untuk orang yang susah2 tu,diorang sebab penyanyinya dah nak start bukak mulut. Yang buat persembahan tu kan penyanyi. Sebab tulah Siti Nurhaliza asyik menang je. Sebab, obviously ramai gila minat dengan Siti **ok, saya bias menonjol di sini**. No doubt ramai dah mula kenal dengan Loloq, Pak Ngah dan Aidit Alfian thanks to AJL, tapi adakah matlamat sebenar Juara Lagu tercapai agak2nya? Selak akhbar2 keesokan harinya korang mesti lantak-pi-lah dengan pencipta2. Korang tetap check-it-out penyanyi nya kan? Pastu masing2 kat opis cerita “ e’eh, si Siti NurNotti tu dress dia macam skema gitu kan? Napa mesti pakai seluar kaler purple, tudung yang tak tutup rambut tu kaler hijau, baju kaler oren? **dress = seluar???** Jap2 balik ke dekad baru, jangan diungkit perkara yang lepas, sebab Halima dah terlampau sekarang ni. Ingat, Halima bukan Aidid Muaddib k? Baiklah, AJL25 – dimulakan dengan dua pengacara yang typical. Ally dan Cheryl. Ally dan Cheryl??? Macam bukan rancangan Melayu kan? Almaklum, nama2 sekarang kan dah takde Halima, Salmah, Fatimah, Asmah, Joyah dan Aisyah. Apatah lagi Ahmad, Jumaat, Sabtu, Khamis dan hari2 lain. Sekarang Daniel, Fasha, Danish dan Tiz Zakyah kan best? Orang yang nama dia Mazlina pun dah tukar jadi Lana kan? Halima pun dah tukar jadi Xa’adea perrrr??? Ok2 dah lari tajuk. Jom jalan ke tempat asal. Lawak2 pengacaraan mereka masih typical. Gaduh sesame sendiri. Faizal asek2 bengkek dengan kehenseman Ally (hensem?? More to poyo adalah!!) dan Ally masih lagi dengan gurau2 manja dengan Faizal pasal ke’licin’nan dan Cheryl? Owh Cheryl… apa2 je lah! Dan Faizal asek gurau notti2 pasal kependekan Ally. Blah la!

Ok, nak sambung lain kali je lah Nak tengok Hafiz dengan Noktah Cinta dia ni. Jangan salah tafsir, buang, buang interpretation tu! Saya tak pernah minat dengan mamat yang rambut dia sama dengan saya tu! Sorry, not my type! Saya stop sebab saya rasa entri saya ni membuatkan saya penat membaca suatu hari nanti (maksudnya, takde orang lain baca, saya aje. Pastu lain kali kalau saya baca balik, saya penatlah baca what-a-crap nihh!!)

Out (entry yang masih terbengkalai – kejemuan saya dengan drama dan filem seram, TV3 mangkok ayun, malu aku nak sama umur dengan sesuatu yang orang puja, suka dan cinta tuhhh!!!!!!!)

**Saya tak out lagi pastu terlepas aksi pembunuhan Hafiz dan silap mata tadi (T.T)**

Out yang benar
0

Bagaimana rasanya sebagai seorang pelajar universiti

Let's talk about my exam pulak. Entahlah, best pulak updating my own blog now. Yelah, instead of asyik leka tengok blog orang lain je kan?


Supply Chain Management – Sucks! Remember the accident? Ok, never mind!


Business Ethics – Narhhh!!! Assignment pun dapat grade 'F'antasticalistic gituh. So, needless to say…


Advanced Writing Skills for University Studies – Alamak, this paper is just like my SPM's Bahasa Malaysia 2nd paper. Sebabnya, banyak idea melimpah ruah. Tapi masa selalu je dah timing tao! Hasilnya – ilek!


Conclusion – Bad bad bad bad me! Get ready for you first resit ye Cik Halimah?!
0

bosan ke blogwalking?


Ok, aku main belasah je tajuk entri aku kali ni. Sebab I've no specific topic to talk about actually. Jadi apa yg mindaku terpikir masa aku type, nilah yang akan terkeluar sebagai entri aku kali ni. Entah kenapa, rasa macam hari ni kurang menaip lah aku ni! Official quotation satu pon tarak kuar. Aku kerja ke kerja dah kerjakan aku?

So, in the end (maksudnya, end of the daylah, bab now already 7.00pm dah abis working hour, rasa cam my rider lambat datang so I think sempatlah beranak 1 entri ari ni. Rider eh, bukan driver coz kan ari tu eksiden? Ingat tak murid2?)

Ok, ulang balik arr as in bracket tadi panjang berjela, jelak pulak menengoknya:-

So, in the end, I think I better give myself some kinda satisfaction by rambling about absolutely nothing here, and proving that I can actually type fast2 you know!

So, nak cerita apa ni?

Eh, apa cerita subject kat atas tu? Boleh jadikan topic nihh *poyo*

Jawapannya, taklah. Tak bosan pon. Best, sebab macam2 ideology dibentangkan oleh numerous number of talented bloggers. Mission accomplished! Finished!

***

Haih, I want to write in English lah. Besides that I look silly sound silly when I type in Malay (poyo the 2nd time), I also type faster when the words are actually in English compared to in Malay, this time it's a fact, bro! Betul, tak tipu! So, the language problem is solved, but the main problem is still .... - what to ramble about?? 

Ok, let's talk about ambition in general. Like, cita2 gituh. Ok, in terms of writing, actually I want to write entries that are full of facts. Oh sungguh murni niatku. Serious! But, dari mana datangnya idea murni ni, some may ask. It was when I got myself used to lots of researches for my assignments; it has hit me that I need to set up a personal space to ramble around; write but write it right - with facts! Cos every single facts in the assignment kan kena ada references, or else we'll be punished for plagiat (sengaja taknak cakap plagiarism kat sini). Tapi, apa jadi dengan cita2 murni itu? Jawapannya - kelaut! Sorry for those who have been following my blog (tak ramai pun, I know). Memang blog saya blog sengal, sedar diri saya ni. But, I strongly believe, sooner or later this page will be one of the medium for people to share their thoughts about some serious issues, be it politics, religions, races, or whatever that we think seriously. Wah, cita2 lagi! I'm just being positive, if I may...Sopan, mintak izin gituh...

What's more to talk about regarding my ambitions? 

Besides the writing part, I actually am feeling a bit despair (ok, seriously this word came out of nowhere)

Ulangan...

Besides the writing part, I actually am feeling a bit despair comparing my life with the lives of my friends back in high school. To be frank, I helplessly might consider myself as one of the smartest pupils in class. The relevance is simple - with less time studying, with lots of play-play, I could still score. Just imagine if I chose to work really hard, I bet I am now in London menghabiskan beras kerajaan yang mensponsoring me study over there! Ok, tak real sungguh! But, serious, I was smart, but lazy. I was kinda nerd, but slow. I was goody2 but maybe tak ikhlas kowtt? This is the real fact as far as I know. Proof is; my fellow classmates thought I was among the 7 or 8 students who got straight As in PMR. Because masa ambik result tu, 6 and 7 straight As students tu dah revealedalready. So, left another one more student lah, and they all thought it was me. See the high expectation? Then, came SPM, my Add Maths teacher thought I was among the A1 scorers for the subject. Because being the smartest Malay student for that subject memang tak salahlah Cikgu Sabariah berfikiran sebegitu kan? But, turned out I got A2, dan budak yang tak disangka2 dapat A1, lelaki Malay lak tu, tercabar saya!!!! Then, considering that I used to be an SIGS chick masa form 1 dulu, suppose made me have some kinda high class attitude and oh-what-so-ever stuff that was supposed mean, I supposed to have some kinda guaranteed successful life just like almost all ex-SIGSes that I've known. Ok, this is irrelevant fact. Moving on.. Just imagine, during high school, I was among those students who listened to Hitz.fm, who never missed a single issue of Galaxie magazine, who listened to Christina Aguilera, Mariah Carey, Britney Spears, Spice Girls, All Saints and not forgetting boybands such as BSB, N'Sync, Westlife (I know, lame!) And oh ter-forgot, Too Phat. So normally, this kind of people don’t you think, talk English very the very good? At least can understand people talk English la. So, when go for interview, sure goreng speaking abis lah kan? Then, got hired for higher post la ---something like that. Ni tak. I still ditakuk lama. Sama je macam those kerani cabuk once I pernah kenal dulu. Bukan nak downgrade or hina mereka, but isn’t it seemed unfair that I am similar to them in that sense? Ok, I know, I know, the music we listen to has got nothing to do with our luck in life! I know, betol!! But seriously, let’s say when I’m in the office, my lips are mumbling around (mumbling around???) nyanyi2 lagu2 mat salleh yang most of my colleagues dunno the lyrics of, kengkadang buat diri ini malu (read : malu, bukan bangga!). The point is, my lifestyle is different from them. But, I have to be with them as I unable to see there is any way for me not to be like or with them. Ok, fakta banyak tak relevan, I know!!

The fact is, it was entirely my fault. I do not have the skill to living a life. At school, kita boleh become somebody else. Take me for example. Dulu when I was in SIGS, people thought that I ni anak load (or at least some of them did). While in reality actually , paham2 jelah kan?  So, sama jugak masa me at high school dulu, people thought I ni smart, but in life, I smartass! In life, I've made bunch of big mistakes, wrong decisions, wrong turns and so on. So, here I am, way behind all of them, as proud as a peacock!
Nuff said!


Oklah, I tipu, entry ni disambung setelah I reached home just now. So, technically I didn’t just type blindly to produce this entry, I have just sweet and ample time to check and recheck, edit and re-edit. Sorry guys! I think that’s all for my cita2, later I cita benda lain pulak.

0

Fenomena Halimah jongang

Salam all,

Bestnya tadi baru pasan ada orang comment kat enri aku. Thanks to Along Tapa. Sori beb, baru pasan ade comment. Kalau blog orang lain mesti comment2 laju2 je masuk. Tapi blog aku ni tak ramai pengunjung, jadi aku memang tak suspect dan expect orang sudi jenguk dan catat kat sini.


Ramai orang dah tau pasal cerita Halimah Jongang kan kat Astro Prima? Sebagai orang yg mempunyai outstanding balance kat account Astro, aku memang tak follow langsung certa Halimah Jongang part 2 tu. Toksah kata part 2, masa aku ada Astro dulu, Part 1 masih on air pon aku tok se nak cekidut (check it out versi kawan aku, Diana). Apa pasal aku tak nak tengok ek? Mungkin ceritanya sama dengan cerita aku? Mungkin ceritannya menceritakan tentang cerita aku?

Sebab~~~

Sebab nama aku Halima. Dan aku adalah sipi2 jongang sikit. Aku terasa ke dgn cerita tu? Tak lah! Please!!!

Cuma yang aku tak paham kenapa mesti ada nama2 specific bila nak kutuk2 ni? I mean, take for example, Bob. Orang nama Bob ni synonimnya gemokk, boyot. Nama mak aku, Fatimah pun ada macam adalah lagu lama gak pasal Fatimah. Bila member tempat lama aku kebetulan gak nama dia Fatimah, derang pun bukak henpon dan tunjuk video orang gila kat Tampoi nyanyi lagu kekasih dia nama Fatimah. Isu Halimah jongang tak pernah wujud dalam hidup aku. Belum pernah orang synonimkan nama aku dengan jongang, walaupun aku adelah sedikit jongang. Aku tak kesah sebenarnya kalau ade yang berani nak pecah telur, kutuk aku. Aku tak kesah, seyess!

Tapi, bukankah itu suatu diskriminasi jika kita guna nama2 ini dan gabungkan dengan sesuatu yang tidak sempurna? Rasanya macam tulah. Aku bukan emo sebab nama aku yang derang guna. Tapi aku rasa kurang berpuas hati dengan langkah pihak2 tertentu utk mengadakan part 2 dan mungkin dah part 3 tok cerita tu, mungkin aku je yg tak tau. Macam takde kesedaran sivik gituh!!

Kata Eddie Hamid, dia cakap dia tak berniat nak menghina menerusi lagu yang tajuknya sama dengan cerita tu. Tapi kesian jugak dia jadi mangsa orang2 yang sememangnya jongang. Sebab orang2 ini tak puas hati, dan dia jadi sasaran. Kesian kan? Kesian ke? Lagi kesian dgn orang yg jongang2 tu, bab perubahan memerlukan kos yang tinggi. Kesian. Lagi kesian dengan Eddie Hamid -_-'

Apa apa jelah. Yang penting fenomena ini perlu distopkan. Macam unstopbebal. Mesti full stop! Ada paham?
Aku tak emo pasal nama aku Halima, tapi tolonglah hentikan diskriminasi ini. Kesian kat orang yang betul2 jongang sakan tu. Aku jongang tapi mama cakap jongang aku kiut. Macam gak yang kawan aku Diana tu, dia jongang, tapi santekkkkk. Aku tak cantik pon! -_-

p/s: Cik halimah, Halimah Jongang tu belum dan tak akan pernah jadi fenomena. Jangan nak tangkap gleme lak!!
Back to Top