0

Fenomena Halimah jongang

Salam all,

Bestnya tadi baru pasan ada orang comment kat enri aku. Thanks to Along Tapa. Sori beb, baru pasan ade comment. Kalau blog orang lain mesti comment2 laju2 je masuk. Tapi blog aku ni tak ramai pengunjung, jadi aku memang tak suspect dan expect orang sudi jenguk dan catat kat sini.


Ramai orang dah tau pasal cerita Halimah Jongang kan kat Astro Prima? Sebagai orang yg mempunyai outstanding balance kat account Astro, aku memang tak follow langsung certa Halimah Jongang part 2 tu. Toksah kata part 2, masa aku ada Astro dulu, Part 1 masih on air pon aku tok se nak cekidut (check it out versi kawan aku, Diana). Apa pasal aku tak nak tengok ek? Mungkin ceritanya sama dengan cerita aku? Mungkin ceritannya menceritakan tentang cerita aku?

Sebab~~~

Sebab nama aku Halima. Dan aku adalah sipi2 jongang sikit. Aku terasa ke dgn cerita tu? Tak lah! Please!!!

Cuma yang aku tak paham kenapa mesti ada nama2 specific bila nak kutuk2 ni? I mean, take for example, Bob. Orang nama Bob ni synonimnya gemokk, boyot. Nama mak aku, Fatimah pun ada macam adalah lagu lama gak pasal Fatimah. Bila member tempat lama aku kebetulan gak nama dia Fatimah, derang pun bukak henpon dan tunjuk video orang gila kat Tampoi nyanyi lagu kekasih dia nama Fatimah. Isu Halimah jongang tak pernah wujud dalam hidup aku. Belum pernah orang synonimkan nama aku dengan jongang, walaupun aku adelah sedikit jongang. Aku tak kesah sebenarnya kalau ade yang berani nak pecah telur, kutuk aku. Aku tak kesah, seyess!

Tapi, bukankah itu suatu diskriminasi jika kita guna nama2 ini dan gabungkan dengan sesuatu yang tidak sempurna? Rasanya macam tulah. Aku bukan emo sebab nama aku yang derang guna. Tapi aku rasa kurang berpuas hati dengan langkah pihak2 tertentu utk mengadakan part 2 dan mungkin dah part 3 tok cerita tu, mungkin aku je yg tak tau. Macam takde kesedaran sivik gituh!!

Kata Eddie Hamid, dia cakap dia tak berniat nak menghina menerusi lagu yang tajuknya sama dengan cerita tu. Tapi kesian jugak dia jadi mangsa orang2 yang sememangnya jongang. Sebab orang2 ini tak puas hati, dan dia jadi sasaran. Kesian kan? Kesian ke? Lagi kesian dgn orang yg jongang2 tu, bab perubahan memerlukan kos yang tinggi. Kesian. Lagi kesian dengan Eddie Hamid -_-'

Apa apa jelah. Yang penting fenomena ini perlu distopkan. Macam unstopbebal. Mesti full stop! Ada paham?
Aku tak emo pasal nama aku Halima, tapi tolonglah hentikan diskriminasi ini. Kesian kat orang yang betul2 jongang sakan tu. Aku jongang tapi mama cakap jongang aku kiut. Macam gak yang kawan aku Diana tu, dia jongang, tapi santekkkkk. Aku tak cantik pon! -_-

p/s: Cik halimah, Halimah Jongang tu belum dan tak akan pernah jadi fenomena. Jangan nak tangkap gleme lak!!

0 comments:

Post a Comment

What say you?

Back to Top