0

Dunia Hiburan Malaysia Yang Lame - AJL25

Ya. Halima bersyukur tinggal di Malaysia. Baru je check out kedhaifan rakyat Haiti yang sangat2 menyayat hati. Syukur di Malaysia kita tidak perlu mengemis untuk mengisi perut. Walaupun diakui harga barang2 keperluan naik saban bulan (atau tahun, atau dekad), kita perlu bersyukur, sekurang2nya kadar inflasi dan kadar pengangguran kita tidak setinggi di Zimbabwe. Kita kena bersyukur, walau bagaimanapun kita terasa dipermainkan oleh badut2 politik di Negara ini, askar2 kita hanya berlatih main pistol2, tidak seperti di Korea di mana mereka sekarang berlatih bermain pistol2 di dalam ais kerana mereka perlu bersiap siaga berlawan antara sesame sendiri, Utara dan Selatan. Kita perlu bersyukur walaupun se’lame’nya hiburan di Negara ini, kita masih boleh memilih apa2 hiburan yang kita sendiri ingini secara alternative kat internet. Kalau suka hiburan porn, internet kan ada. Lek bro, TM baru cakap nak ban website2 tu. Rais Yatim proposed supaya caj dikenakan untuk melayari website2 tu, tapi kan belum lagi, jadi korang kena “bersyukur” lah kan? Kan? 

Saya tengah tengok AJL 25 sekarang ni. Best sangat ke? Gelanggang AJL dimulakan dengan Yuna – Cinta Sempurna. Hmm, bukan nak komen apa2 pasal calon2 Juara Lagu tahun 2010 ni. Lantaklah siapa pun tercalon sebab sungguh Halima bukanlah penonton setia Muzik-Muzik setiap minggu. So, I got no comment of how they have selected the nominees.

Namun, saya ada secebis masalah dengan marketing mereka. Tengok tak iklan pencalonan2 mereka? Tak Nampak masalah? Mungkin tak Nampak sebab iklannya agak “urban” I must say. Muka artis2 jalan macam orang cacat lepas tu nama diorang keluar dengan tajuk lagu diorang kan? Yelah yelah! Iklan tu pun dah officially expired kan, tak payah nak cerita ceritut k! Tapi serious ke tak perasan lagi? Alahai simple lah, tak kan tak Nampak? Oklah I cerita ea? Apa kata korang google sket cari apa mission sebenar Juara Lagu diadakan. Ok, I admit statement yang bakal dikatakan di sini memang bias gaban sebab I tak google pun coz I disconnected my internet connection. Ok, bermula kebiasan sekarang juga -  Dulu, diorang cakap Juara Lagu ini untuk menobatkan composer dan penulis lirik lagu2 yang tercalon. Malah Muzik2 juga mempunyai mission yang sama. Tapi balik semula pada iklan yang expired tadi tuh. Korang ada idea tak siapa pencipta2 lagu tu? Korang diperhidangkan dengan nama2 artis yang obviously korang dah kenal kan, tapi kenapa orang2 yang membanting tulang di belakang produk lagu2 itu tidak dipromosikan? Isn’t it against the whole idea of having the Anugerah Juara Lagu? Even in 2000, 2001 dan sewaktu dengannya,  waktu irama Malaysia dihatiku gituh, memang Juara Lagu amat2 menekankan perjuangan menobatkan pencipta2 lagu instead of the singer of the song. Tapi bila lagu diperkenalkan masa nak dipersembahkan – “terimalah lagu Pom Pom Pom yang diciptakan oleh Lulu and the Gang dan penulis liriknya Lulu dan Lili, terimalah Pom Pom Pom Siti NurNotti!!!!!” Audience pun tepuk amai2 belalang kupu2. Diorang tak tepuk untuk orang yang susah2 tu,diorang sebab penyanyinya dah nak start bukak mulut. Yang buat persembahan tu kan penyanyi. Sebab tulah Siti Nurhaliza asyik menang je. Sebab, obviously ramai gila minat dengan Siti **ok, saya bias menonjol di sini**. No doubt ramai dah mula kenal dengan Loloq, Pak Ngah dan Aidit Alfian thanks to AJL, tapi adakah matlamat sebenar Juara Lagu tercapai agak2nya? Selak akhbar2 keesokan harinya korang mesti lantak-pi-lah dengan pencipta2. Korang tetap check-it-out penyanyi nya kan? Pastu masing2 kat opis cerita “ e’eh, si Siti NurNotti tu dress dia macam skema gitu kan? Napa mesti pakai seluar kaler purple, tudung yang tak tutup rambut tu kaler hijau, baju kaler oren? **dress = seluar???** Jap2 balik ke dekad baru, jangan diungkit perkara yang lepas, sebab Halima dah terlampau sekarang ni. Ingat, Halima bukan Aidid Muaddib k? Baiklah, AJL25 – dimulakan dengan dua pengacara yang typical. Ally dan Cheryl. Ally dan Cheryl??? Macam bukan rancangan Melayu kan? Almaklum, nama2 sekarang kan dah takde Halima, Salmah, Fatimah, Asmah, Joyah dan Aisyah. Apatah lagi Ahmad, Jumaat, Sabtu, Khamis dan hari2 lain. Sekarang Daniel, Fasha, Danish dan Tiz Zakyah kan best? Orang yang nama dia Mazlina pun dah tukar jadi Lana kan? Halima pun dah tukar jadi Xa’adea perrrr??? Ok2 dah lari tajuk. Jom jalan ke tempat asal. Lawak2 pengacaraan mereka masih typical. Gaduh sesame sendiri. Faizal asek2 bengkek dengan kehenseman Ally (hensem?? More to poyo adalah!!) dan Ally masih lagi dengan gurau2 manja dengan Faizal pasal ke’licin’nan dan Cheryl? Owh Cheryl… apa2 je lah! Dan Faizal asek gurau notti2 pasal kependekan Ally. Blah la!

Ok, nak sambung lain kali je lah Nak tengok Hafiz dengan Noktah Cinta dia ni. Jangan salah tafsir, buang, buang interpretation tu! Saya tak pernah minat dengan mamat yang rambut dia sama dengan saya tu! Sorry, not my type! Saya stop sebab saya rasa entri saya ni membuatkan saya penat membaca suatu hari nanti (maksudnya, takde orang lain baca, saya aje. Pastu lain kali kalau saya baca balik, saya penatlah baca what-a-crap nihh!!)

Out (entry yang masih terbengkalai – kejemuan saya dengan drama dan filem seram, TV3 mangkok ayun, malu aku nak sama umur dengan sesuatu yang orang puja, suka dan cinta tuhhh!!!!!!!)

**Saya tak out lagi pastu terlepas aksi pembunuhan Hafiz dan silap mata tadi (T.T)**

Out yang benar

0 comments:

Post a Comment

What say you?

Back to Top