2

Cerekarama TV3 - Pintu Taubat

Ni I nak bagi synopsis cerita Cerekarama TV3. Until the time I drafted this entry, ceritanya belum habis.

Rakan2.. ceritanya begini…

Ada satu keluarga ni. Sorang bapak, 3 orang anak – Along (lelaki), Angah (perempuan), Adik (perempuan)anak-anaknya semua cacat. Along terencat akal, Angah lumpuh sebelah badan, pastu muka buruk melecur, Adik tempang tapi cantik sangat. Kiranya dalam cerita ni, Adiklah yang paling bertuah. Jadi atas kelebihan yang Adik ada, dia rebellious sikit. Dia menyampah dengan Angah dia yang dok sibuk meleset je dengan dia. Dalah buruk busuk kan…

Satu hari, Adik yang cun melecun ni, dirisik orang. Pastu, terus nak buat majlis. Alah, keluarga cacat pulak! Miskin lagihh! Jadi Adik pun mintak tolong dengan Mak Lang dia. Bila semua persiapan selesai, Adik bagitahu dengan keluarga cacat dia tu yang dia dah nak bertunang. Pastu, yang si Angah meleset2 ni overexcited adik dia nak kahwin. Jadi dia pun cakap yang dia nak pergi majlis tu. Dah tentu2 jawapan Adik tak boleh. Sebab dia malulah dengan keluarga bakal yang keluarga dia ni cacat. Kang derang tengok, terus tak jadi pulak. Tak kan keluarga bakal tu nak berketurunankan orang cacat pulak kan?

Pada hari pertunangan, boleh pulak Angah dengan Along menjadi tetamu tak diundang pergi datang ke majlis. Habis diorang di seret2 oleh Mak Lang sebab Mak Lang pun hati busuk macam Adik jugak. Boleh pulak sambil merayu rayu dengan Mak Lang, Angah tersandung dan terlanggar semua hantaran. Pastu, sambil terpelecok tu mulut laser pulak cakap " Adik sorry Adik, Angah Cuma nak tengok Adik tunang. Angah mintak maaf". Disebabkan kejadian memalukan dua buah keluarga tu, majlis pertunangan dibatalkan oleh pihak lelaki. Adik lagilah bertambah bengang dengan Angah dia yang mangkok tak kena hidangan tu. Jadinya Adik pun cakap dia tak nak mengaku adik beradik dia tu adik beradik dia. Pastu dia dah tak nak duduk rumah miskin ayah dia, dia nak duduk rumah Mak Lang dia yang tak pulak grand semacam.

Pastu, disebabkan pembatalan majlis tu, Mak Lang dia pulak kenenkan Adik dengan kawan dia, Sani. Orang kaya pakcik duda ni. Mak Lang dia sambil2 tu muka macam sengal – ada udang di sebalik batu lah tu. Boleh agak dah melalui muka yang enterprem kat TV tu.

Plan Mak Lang berjaya. Adik setuju dengan pilihan Pakcik-Kayo Mak Lang dia. Kahwinlah mereka. Sesampai je Adik kat rumah banglo dengan suami tua dia tu, dia dikejutkan dengan surprise oleh suaminya - Mariam isteri pertama yang lumpuh dan berkerusi roda, EntahSiapaNama isteri kedua (da bomb!) dan si Adik malang ni ditipu kerana dia tiba2 dah ada dua madu. Haih!! Pastu laki dia pun cakap dia tak boleh jadi mak datin kat rumah banglo tu, sebaliknya ditugaskan memasak, mengemas dan menjaga Mariam. Kesian Adik. Pastu, adalah flashback or whatever term they want to call it – yang si Adik ni diseksa sambil lagu innocent tak bersalah sebagai background.

Pengakhiran cerita ni, Along ditahan lokap sebab dituduh hisap ganja, Angah dirogol dan Adik lari rumah dan balik kampong dan last2 rebut2 antara laki dan bapak dan tiba2 Mak Lang ada kat rumah miskin keluarga Adik. Semua ni berlaku sebab Mak Lang dia memang hati hancing nak memusnahkan seluruh keluarga adik beradik cacat ni. Namun tiada apa yang buruk berlaku pada Mak Lang dia dan laki dia, syukur Alhamdulillah! TAMAT!


 

Pelakon:

Adik yang tempang tapi hot in herre– Nabila Huda

Angah yang meleset2 – Amyza Adnan

Along yang innocent tak pandai tipu tapi terencat akal – Ako Mustapha

Mak Lang yang hati hancing – Rosnah Mat Aris

Sani duda tapi sebenarnya berbini 3 – DATO' Ahmad Tarmizi Saregar

Bapak yang miskin lepas tu kerjanya kebanyakannya termenung dan hisap rokok daun tu – Pelakon tua Melayu yang typical untuk menjadi bapak yang 'sok' innocent.

Mariam isteri pertama Si sani mangkok ni yang lumpur – Azean Irdawaty

Isteri kedua Sani yang tak macam garangs semacam pulakkan – Zila Bakarin

Dan beberapa pelakon tambahan seperti si Supervisor yang meminang Adik pastu mak dia cancelkan, si geng2 upahan Mak Lang yang memukul Along beramai2, meletakkan Along di sebelah isteri orang tengah2 malam supaya dituduh merogol dan geng yang sama menjayakan aksi salah sorang ahli geng merogol Angah, dan few others unimportant roles.


 

Sepanjang menonton cerekarama TV3 ni……. (-___________________-")


 

Kenapa?

  1. Cerita Melayu yang sangat2 typical. Asal anak rebel dan derhaka dialah yang ditimpa musibah dan akhirnya taubat
  2. Tajuk yang super fail. Dengar tajuk drama je dah boleh agak dah jalan cerita
  3. Jalan cerita yang sangat2 predictable. Semasa aksi pertumbukan beramai2 kepada Along ditengah malam, dah boleh agak dah dia diset up oleh geng2 upahan Mak Lang. Pastu, gazette drama dah bagitau yang Adik akan diseksa setelah menjejakkan kaki ke rumah bangle laki dia dan banyak lagi. Spoil!
  4. Keluarga ni memang sial – anak semua cacat, bapak miskin – takkan lah semua anak2 boleh turn out jadi manusia yang berguna. Mesti ada yang kurang ajar dan tak tau bersukur selepas tengok keluarga orang lain takdelah sesial keluarga sendiri. Lepas tu dah ada orang kaya nak tolong (i.e. Mak Lang), takkan lah nak kekal duduk rumah kecil dan busuk kan… Jadi, anak tu jahat gila ke? Tengoklah pulak tahap keluarga, boleh bahagiakan si rebellious tu ke?
  5. Yang scene Angah degil tahap dewa daaing jugak majlis Adik tu memang unacceptable. Jiwa murni je. Tapi bodoh tak pikir panjang. Bukankah dah tau yang besar kemungkinan dia akan menggagalkan keinginan Adik dia untuk bahagikan. I mean, this is very typical lah.. Mak yang miskin buruk tapi hati suci pun sibuk nak dating majlis anak yang tak diundang, dengan pakaian buruk, bawak bekalan kampong giler. Gila lah, totally ubsurd!!
  6. Bapak dia ni, asik termenung kat luar rumah (biasanya hari masih siang, actually malam pun dia duduk luar jugak, tangan memanglah tak ringan pulak kan). Ada jugak 1 scene ni dia hisap rokok daun. Dia penoreh getah yang nampak sangat kurang mahir. Duration in this drama untuk scene dia toreh getah memang tak banyak. JADI, sebagai penonton yang tidak selalu naïf, saya hanya nampak satu perangai bapak dia ni – Pemalas!!! Memanglah, dasar miskin!
  7. Adegan isteri kedua Sani yang suka marah2 dan tonjol2 kepala si Adik tu, sangat typical jugak. Haih, takde idea lain ke nak represent hati hancing? Bosan lah!!
  8. Bapak dia yang sombong tak bertempat. Dialong favourite dia ialah " Adik, Adik kan dah ada rumah. Ada Ayah, Angah, Along….tak payahlah nak duduk rumah orang" dan "Engaku ni tak paham bahas ke, kan Ayah cakap, Ayah tak akan ajak Adik balik!" Dia sombong sebab tak nak terima bantuan Mak Lang, dan perangai selfish dia yang tak bagi restu Adik keluar rumah. Patu ke ayah yang miskin gila dan pemalas tu disrespect kan? Dah miskin tapi "sok" bangga dengan segala apa yang ada. Lepas tu bila bercerita dengan Angah tentang kedegilan Adik untuk balik ke rumah, sanggup menipu sunatlah konon – "Adik sebenarnya masih saying keluarga, pastu dia Cuma sakit, dah baik nanti baliklah dia". Disebabkan kedegilan hati bapak, dia tak nak merestui perkara2 yang dilakukan oleh anak dia. Tak restu means anak akan terima bala suatu hari nanti. Sengal, memang sengaja taknak Allah berkati hidup anak dia. Jadi anak dia akhirnya akan merana dan bertaubat mintak maaf nangis tahap gembeng!
  9. Cerita taubat ni sepatutnya bukan ditujukan kepada Adik. Tetapi bapak dia. Bapak dia yang buat keputusan berkahwin dengan mak Adik, Angah, Along yang cacat, jadi anak2 se mua cacat. Padahal Mak Lang dulu ada hati dengan pakcik ni. Pastu, sombong, berlagak dan suka cakap tipu. Tak adillah kalau Adik je yang kena musibah! Yang malas, penipu dan sombong nilah yang jadi punca.
  10. Pelakon2 yang boleh dikatakan hebat dan typical di drama Melayu boleh memilih untuk terima tawaran berlakon cerita murah ni.
  11. Asal miskin je mesti "sok" innocent, cakap semua susun dulu pastu baru cakap. Ergh
  12. Asal ada dendam je, awal2 focus kat muka pendendam – mesti kening naik2 pastu mulut mencebik dan mata rolling. Spoil lah, jadi kita tau siapa yang jahat dari awal cerita.
  13. Ending dia seperti dijangka, Adik akan menyesal as per predicted based on cerita ni based on kekurangajaran Adik kepada keluarga. Orang lain buat jahat, lantak sebab akan diceritakan through drama lain. Drama ni, focus kat Adik. Walaupun the culprit is the father!
  14. Asal watak orang jahat je mesti si botak tu! Boring~~

Moral of the story – Don't ever, ever, ever watch a Malay drama right after Finding Nemo!


 

Sekianlah coretan awal March. Sebenarnya banyak Lagi sebab saya nak buat satu entri special untuk Syazwani sama macam saya buat surat untuk Nami. Ah, malasnya jari ni nak menaip~~


 

2 comments:

Anonymous said...

Wow ko nak aspect smua manusia kaya sama rata la?Dari mula ko sebut org miskin sok innocent.Hbis org kaya lgi byk menipu pmbelit,msuk syurga pun payah,dlm al quran dh tulis.Kalo dia org miskin yg baik xperla,apa masalahnya,masalahnya dia ada anak yg x reti brsyukur.Crita penderhaka ni mmg btul dn dh byk diceritakn.Bpk dia xnk terima bantuan mak lang tu psl dia tahu mak lang tu busuk hati,kalo kita terima bantuan org mcm ni biasa dia ada agenda,sbb tu dia kaya,mmg biasa buat jahat.Ko jgn la feeling org kaya baik org miskin jahat,Nabi Muhammad sndiri nmpk dkt surga ramai org miskin ok.Walau cite ni tipikal tpi ko jgn x tahu prkara ni mmg biasa trjadi,cuma cara melayu buat filem mcm tu lah loko

Nota AiQa said...

Lol

Post a Comment

What say you?

Back to Top