Sebelum saya membuka surah episode kedua pasal entri saya kat blog dalam Friendster saya, saya rasa saya nak bercerita sikit tentang lagu yang mebawa saya jauh dari alam realiti.
Sebelum tu, saya mungkin akan cancel untuk merepost entri2 blog berkarat saya tu sebab lepas saya sendiri baca, saya rasa kurang relevan dengan keadaan semasa. But, we'll see how later ya~
Antara lagu yang saya illegally download dan masuk ke henpon baru saya yang baru saya beli dan ini adalah henpon pertama saya yang ada function MUSIC dan saya sangat jakun sampailah sekarang walaupun saya dah sebulan lebih saya menggunakannya sebab henpon saya dulu hanya boleh dengar radio sahaja tapi lepas earphone saya, saya sendiri terlanggar dengan kereta yang saya pandu sebab saya tutup pintu tanpa menyedari earphone tu ada kat luar, sama keadaannya kalau kain terkeluar kat pintu tu kan, lepas tu saya dah tak dengar radio lagi membuatkan sekarang saya lepas geram dan download bermacam macam lagu dan antara lagu yang meninggalkan kesan:
- Atas Nama Cinta - Rossa
Bila saya dengar lagu ni, saya teringat seseorang yang sangat istimewa pada diri saya. Antara liriknya "Atas
nama cinta, kurelakan jalan ku merana, asal engkau akhirnya denganku..." Dulu saya pernah minat dengan dia, tapi atas sebab-sebab tertentu, saya melarikan diri dari dia dan kita terputus hubungan begitu sahaja. Tapi, saya masih sayang dia sebagai kawan saya yang istimewa (tapi saya lagi sayang my BFFs, ya!)Nampak tak signifikannya?
- One Sweet Day – Boys II Men & Mariah Carey
Kenangan yang tak ada kena mengena dengan lagu. Kalau tak silap lagu ni saya kenal masa saya darjah 6. Masa tu dekat majalah URTV atau Media Hiburan ada lirik lagu ni. Lepas tu, rasa macam bangga sebab tau lagu English masa tu. Bila dengar lagu ni, saya teringat saya duduk dalam bilik mama teman dia menjahit. Masa tu dia ambil upah menjahit bantal untuk sebuah kilang tilam. Sampai sekarang saya ingat suasana dia macam mana, sambil tunggu arwah papa balik dari kerja L
- That Thing You Do – The Wonders
Bila dengar lagu ni, saya teringat kenangan saya masa Tingkatan 1. Masa tu saya sekolah dekat SIGS. Lagu ni antara lagu hit kumpulan pancaragam (read : band) sekolah kami. Seronok jugak tengok formation yang diorang buat. Yelah, lagu up tempo kan?
- Pastikan – Siti Nurhaliza
Lagu ni belum masuk ke playlist saya lagi. Lagu tak ada kena mengena dengan saya. Tapi saya suka ubah lirik lagu dia macam ni:
"Pastikan kau dengan aku
Jangan ada cinta lain
Tak pernah aku terlintas
Niatku untuk berpaling
Maafkanlah aku sayang
Bila belum DULU kau bahagia
Sejauh langit di atas
Kan kukejar bahagiamu"
Alasannya : DULU kau bahagia – mungkin dulu suami dia bahagia dengan ex-wife dia kan? Tu je lah
- Bye Bye – Mariah Carey
Lagu ni mengisahkan pemegian orang yang dah terdahulu meninggalkan kita, padahal kita sayang dia sangat-sangat. Asal dengar lagu ni, saya teringatkan papa, tok mak dan arwah kakek. Miss them so much
Have yet to download this song
- Matahariku – Agnes Monica
Ex-boyfriend saya nama dia Syamsul dot-dot. Syamsul tu maksudnya Matahari. Dia yang mention benda ni dulu. Jadi kalau dengar lagu ni, saya teringat statement ni aje, bukan dia. Haha
Lagu ni will not make it into my playlist, ya~
- Dengar Bisikku – The Rain
Lagu kenangan masa saya pergi Medan, Indonesia 5-6 tahun lepas. Masa tu, lagu ni tengah hit dekat Indonesia. Tapi rasanya, artis ni tak berjaya menembusi pasaran Malaysia. Tapi, lagu ni memang pernah hit dekat carta MTV Ngetop kat channel Suria masa tu.
Will download some other time~
Banyak lagi lagu yang meninggalkan kesan. Antaranya lagu-lagu dari D'Loyd yang amat-amat mengingatkan saya pada arwah papa. Tulis D'Loyd ni aja dah boleh buat saya sedih. Banyak lagu-lagu oldies yang saya tak bother nak download sebab banyak mengingatkan saya pada arwah. Ada juga lagu dangdut.. owh L
Other than that, lagu Spice Girls akan automatic melupakan saya pada umur sebenar saya. Saya akan ingat saya berumur 13 hingga 14 tahun aja bila dengar. Effect yang sama terasa bila dengar lagu Backstreet Boys dan boyband-boyband yang lain.
Owh.. saya lupa, saya ada satu lagu yang setiap pagi saya dengar, lagu special. Saya choose not to reveal. The song is actually given by someone special. Dan lagu tu memang ada double meaning. Saya buat alarm clock saya, jadi bangun pagi saya sentiasa bersemangat! Chaiyok!
0 comments:
Post a Comment
What say you?