0

Lenkali, mulakan dengan niat yang suci

Macam blog ni, mulakan dengan niat yang suci iaitu meng-update, bukan memberi alasan munasarawak kenapa blog saya berhabuk.

Niat suci...


Muahaha, tajuk itu adalah kesimpulan daripada apa yang berlaku semalam. Ceritanya, nak ceritalah ni!


Semalam kan hari Ahad. Sinonimnya hari Ahad adalah hari orang buat kerja kahwin (kenapa kerja kahwin? sebut majlis perkahwinan berbelit2 lidah ke??) Memandangkan semalam adalah rutin bulanan saya untuk berbelanja seboleh2nya untuk sebulan (sinonimnya setelah dapat gaji), jadi bangun2 tidur je saya decide nak ke Tesco tengaharinya. Lepas tu, terus mentol idea menyala atas kepala belah kanan - jom makan free!!


Saya pun bertanya dengan Mama, ada jemputan kahwin tak, sebab memang ada dengar karaoke. Kalau karaoke tu kan sinonimnya majlis perkahwinan kan? Takkan majlis rumah terbuka Red Box pulak! Then Mama cakap, "Yang dekat2 tak ada jemput, yang jauh adalah. Kenapa? Nak pergi ke?" Soalan beliau dalam hati, "buang tebiat ke anak tunggal aku ni, nak pi majlis kahwin orang yang tak kenal?"


Seraya saya menjawab, "Sehala dengan tujuan asal,kan? Apa lagi, makan free lah, Mama! Kalau makan kat Tesco tu kan, mau tak mau RM20 terbang." Minum, mesti nak CoolBlog punya. Makan - toksah cerita, kan nak maintain gemuk!


Nampak tak niat kurang suci tu?


Tak nampak, takpe!


Lepas tu, berbekalkan baju kurung di badan, kami pun pergilah ke Kampung Kopok. (Kampung ni adalah dalam 5 minit perjalanan kereta Kancil saya).


Dengan muka kurang malu, kami pun masuk ke dewan itu. Dewan tu santek wooo! Mesti mahal sewanya. Nanti kalau nak buat majlis sanding sorang2 saya nak buat kat sinilah, mesti gempak! (Majlis sanding sorang2?)


Then, guess who's waiting at the entrance? Mak kepada kawan saya masa tadika!!


Nampak?


Tak nampak, takpe!


Kan niat tadi kurang suci, main terjah je majlis orang. Yelah walaupun dijemput, tapi, jiran sebelah rumah buat majlis, ada ke aku datang masalahnya! Jadi, dahlah niat kurang suci tu (ulang balik), last2 terjah majlis orang yang sepatutnya kami kenal. Toksah kata Mama, saya pun dia kenal! Dia cakap, "Atun, jemput masuk." Wah, nama, klasik!


Memang menjadi gelakan kami di sepanjang perjalanan kami ke Tesco, kerana niat kami yang kurang suci tu (macam Astro, ulang2)


Nota kaki:


1. Bukan free pun, tapi Mama yang huloq, so, for me it's FREE
2. Undangan majlis perkahwinan rumah dekat tu ada. Dia jemput mulut. Mungkin kami tiada di rumah masa dia datang. So, jangan cakap dia tak jemput pulak! Jiran tu, tak baik fitnah!
3. Kami shopping Tesco pakai baju kurung, klasik tak?
4. Kucing saya dah beranak. Anak dia 5 ekor. Ye, tak ada kena-mengena dengan tajuk diberi.


Kesimpulannya, sila baca semula tajuk entri ini.

0 comments:

Post a Comment

What say you?

Back to Top