Yeay, akhirnya
penantianku selama kurang lebih 2 ½ bulan berakhir dengan sesuatu yang boleh
tahan bagus.
Apakah itu?
Mula2, saya ingin
memohon maaf kepada administrator blog ni (aku lah tu!!) sebab dah lama tak
menjejakkan jari jemari ke keyboard ini dan pergi ke alamat www.namiexaddya.blogspot.com
(maaf, kena letak www baru dia auto link, sengal!!). Anyway, macam yang mungkin
saya pernah beritahu (atau tidak), saya tiada internet connection melainkan
dial-up TM yang slow bak siput yang patah kaki kirinya. Tulah sebab saya tiada
hati dan perasaan nak menghadap computer riba saya dan menjadi sengal bak
menunggu kertas jadi RM. Jadi, saya menjadi bisu dan pekak di dunia virtual ini
buat sementara waktu. Dan sekarang…
Dan sekarang (kening
naik2 ea!!), saya dikurniakan Streamyx modem yang berkoskan RM110/month. Dengan
connection wireless dia yang masih lagi agak semput, saya masih boleh bersyukur
kerana ini adalah lebih baik dari saya jadi bisu dan pekak. Sekarang saya hanya
pekak dan gagap sahaja. Lalu, bravo untuk itu!
Sementara itu, saya
amat teruja untuk mengupdate blog ini dan memberitahu yang saya ke Melaka Ahad
lepas ni; rombongan kilang (bersama pekerja2 Nepal kami; owh, mereka sebenarnya
amat sporting dan sesetengahnya; sedap mata memandang, WAHHH). Dan yang paling
hebat, pagi kami diberi makan nasi lemak (telur goyang, OK!), dan tengah hari
kami diberi suntikan RM10.00 untuk cover our lunch expenses! Dan, belum habis
lagi! Tiket ke muzium maritime dan juga tiket ke Zoo Melaka adalah ditanggung
mereka dan keluarga mereka. Wuhhuuu, saya bahagia.
Nampak tak?
---
---
Tak?
-_______-
Entri kali ini adalah
sangat contrast dengan entri sebelum ini, itu jawapan kepada nampak ke tidak
tu! Duhh *facepalm*. Bukan apa, saja nak bagitau satu dunia yang saya bahagia
bekerja di tempat itu walaupun setelah bos yang membawa saya ke sana pergi dan
tidak kembali ke syarikat itu. Bukan apa (lagi), maksud saya, keadaan yang
mungkin sebelum ini saya gambarkan itu, tidaklah seperti yang saya sangka
sebelum ini. Keadaan sekarang masih kurang bagus, tapi; boleh tahanlah!
Sepatutnya saya
sangat excited (atau sexcited seperti diquote di TTGB) untuk membaca banyak
(dan berkodok-kodok *perkataan yang saya belajar di tempat baru saya bekerja)
entri2 yang super bagus dalam blog2 yang saya follow. Tapi nampaknya ketidakstabilan
connection ini, membuatkan keghairahan saya terbantut. Jadi, biarlah dahulu
(dan paling sengal, masa saya type ni, connection teramatlah stabil -_-‘)
Sebelum orang cakap
saya ini jakunisma (padahal ini adalah kali ke-2 saya melanggan Streamyx),
lebih baik saya tukar topic:
SAYA SAYANG MAMA
SAYA~~~~~
Oklah, till next
entry, toodles~
0 comments:
Post a Comment
What say you?