Surat kepada saudara Nami

Baru sat tadi membaca entry blogger kegemaran saya - TTGB yang bertajuk Surat Terbuka Untuk Nasruddin Tantawi(nama I/C ke tak ni?).

Saudara Nami, ini pula tulisan buat saudara

Aku tak tau kenapa aku rasa senang dengan semua tulisan kau. Padahal, aku adalah perempuan di kalangan tudunistas (female version of serbanistas), Padahal kau punya pendirian ada yang sah2 menyalahi undang2 Islam. Dan aku tak tau kenapa aku tulis satu entri yang berupa surah untuk kau padahal aku tau pembaca aku cuma dua orang (tu pun on and off - Shaz and Tina). 

Aku rasa sebagai typical wanita, aku cuma membayangkan seorang Nami adalah seorang yang hensem bermuka ala2 Cina sama macam gambar profile kau tu (ahli politik Jepun). Jadi bila aku baca penulisan kau, aku bayangkan orang Jepun ada kat telinga aku lalu turut membaca atau membacakan untuk aku. Lalu, aku pun suka!

Tapi aku tau hakikatnya kau ni loser. Jadi senang cerita, aku mesti takkan suka engkau kalaulah suatu hari kita ditakdirkan bertemu. Aku tau kau dengan Obi sama paten - gemuk boroi - atau mungkin jugak aku salah. Mungkin kau sekurus apek senario kerana kau juga pernah merasakan nikmat2 high yang aku tak boleh terangkan kerana aku typical wanita yang tak pernah sentuh benda2 tersebut.

Walau siapa pun kau dan siapa pun aku, aku tetap pelik - aku merasa cemburu bila kau bercintan cintun dengan Kak Jah ari tu. Pastu, bila kamu berdua ditakdirkan tidak menjadi, aku merasa gembira. Aku terasa seolah2 aku jatuh cinta pada kau padahal aku tak kenal kau. Dan aku dah berpunya! Pelik yang tak terungkap!

Tapi mari aku ungkapkan sedikit. Aku tahu kenapa aku minat pada engkau - kerana teori In a Relationship kau, kerana kau pandai melukis, kerana kau pandai menulis, kerana kau knowledgable, kerana kau kidalnisme, kerana kau schizophrenia, kerana kau tak percaya pada kepolitikan dan kerana kau adalah engkau dan kau bukan sibuk meniru gaya orang lain pakai T-Shirt Polo.

Aku pun ada sedikit2 seiras dengan kau. Bukan dari segi wajah, tapi dari segi nasib. Masa sekolah dulu aku pernah merasa top selama setahun iaitu masa Form 1 (unlike you total loser). Tapi lepas tu aku tukar sekolah dan aku memang loser. Aku smart tapi aku loser. Aku tak ada boyfriend yang boleh diajak study bersama di perpustakaan dan aku tak bersocial di cybercafe setiap hari kerana bapak aku (arwah) hanya seorang pekerja buruh.

Unlike you, tukar girlfriend keselaluannya sama macam kau pergi mapley.. aku tidak. Aku setia. Setakat ni aku official ada satu ex-boyfriend and satu current boyfriend. Kisah cinta aku tidak seperti kisah Syazana Akmal dan Farez Helmi. Kisah cinta aku boring. Malah sekarang ni aku berura2 ingin berpisah dengan boyfriend aku. Cuma keadaan dan masa tidak mengizinkan lagi.Tapi engkau, selalu bertukar2 pasangan, jaga2 STD ya~~
Selepas aku bercerita pasal kisah percintaan aku baru aku perasan, aku ni macam desperate pulak dengan kau. Maaf jika itu yang kau interpretasikan dari surat ini. Aku malu jika kau rasa aku macam tu, tapi seperti kau, aku juga berpendapat - ini blog aku, aku punya suka nak cakap apa!!

Berbalik kepada kesukaan aku terhadap kau saudara Nami, aku memang bersependapat dengan kau tentang isu seks yang kau pertengahkan dalam entri Tentawi tu. Sebelum kau cakap, aku pun cakap - seks adalah salah satu keperluan dan fitrah manusia. Kenapa aku bercakap macam tu? Sebab aku rasa semua orang ada desire nak melakukan hubungan itu - segelintirnya adalah hubungan intim suami isteri, segelintir adalah hubungan terkutuk lagi keji. Ya, dua2nya dari segi fizikalnya sama, cuma dari segi pandangan dan yang paling penting keagamaannya tidak sama. Aku pernah mempertengahkan soal ini ketika aku berbual dengan bini Aim kawan aku. Aku cakap, seks adalah fitrah tetapi kenapa kaum aku selalu memperbualkan tentang hubungan suami isteri mereka ketika di ofis, kenapa mesti nak tengok video2 porno dan kenapa mesti nak cakap pada colleagues diorang - "wei, kau jangan tonggeng2, aku stim lah". Padahal seks sama macam keperluan kau makan - kau tak kecoh2 pulak nak cerita pasal macam mana kau makan, nak tengok video cara nak makan. Kalau kau nak sangat, balik rumah dan lakukanlah kewajipan kau pada bini kau..... Ok, aku tak pandai menulis but I really hope you get my point my dear!!

Pasal teori kemerdekaan kau yang Dunia Tanpa Negara tu aku memang no comment. Dulu masa sekolah menengah aku memang terror subject Geografi dan sekarang aku bekerja di syarikat shipping. - jadi aku memang pakar tentang kedudukan port2 di dunia (tidak semua tapi banyak yang aku tahu). Tapi, setakat itu je yang aku tahu. Aku pun macam kau, degree pun takde. Aku pandai, tapi kerja aku adalah kerja seorang loser. Kepala otak bergeliga, tapi aku tak pandai nak klepet orang walau macam mana caranya pun.

Sekali lagi, aku ni tak pandai menulis. Engkau kalau terbaca benda ni, dan kau komen, sure muka aku merah padam sekelip mata dan aku immediately akan terfikir "apa yang kau pikir pasal aku??? Aku ni desperado kahhh????"

Aku ada banyak lagi cerita nak cerita dengan kau. Tapi sekarang ni aku berwi-fi kat Old Town. Nanti aku ni dicop minah wi-fi pulak oleh best friend kau, si Obi tu. Aku dah lama kat sini. Air Orange Fizzy Float aku pun dah tak floating lagi. Aku nak blahh. Nanti ada masa dan topik yang rasanya bersesuaian, aku tulis surat lagi. Meanwhile, aku adalah silent reader kau selamanya~~

Yang Benar (lame!!! >.<)
Halima a.k.a Namie Xa'adea


1 comments:

maksurozana said...

i ingat i sorang je yg jatuh cinta kat nami. tapi i tak berupaya nak jadi silent reader mcm u!

Post a Comment

What say you?

Back to Top